in

Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan, Ibu Zayn Rayyan Kekal Dipenjara

ft iu zayn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin untuk menangguhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana mengabai kanak-kanak autisme itu pada 2 tahun lalu.

Hakim, Datuk Aslam Zainuddin menolak rayuan Ismanira Abdul Manaf, 30 selaku perayu supaya dilepaskan sementara sehingga rayuan terhadap sabitan dan hukuman kes berkenaan didengar.


Artikel berkaitan : Ismanira Menangis Teresak-esak Apabila Nama Adik Zayn Rayyan Disebut Peguam

Artikel berkaitan : Ibu Zayn Rayyan Dihukum Penjara Lima Tahun

Dalam pertuduhan pindaan tersebut, Ismanira telah didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6 telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

41753180583 IsmaniraAbdulManaf

Kesalahan tersebut dilakukan di kawasan Blok R, Pangsapuri Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan, antara jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan jam 9.55 malam, keesokannya.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.