Walaupun kita baru beberapa hari berpuasa dalam bulan Ramadan, tidak dinafikan ada juga sebahagian dari kita yang dah mula buat persiapan raya. Ini terutamanya peniaga-peniaga yang nak dapat jualan lebih sebelum raya.
Ada sebahagian peniaga sanggup keluar sampai RM20,000 untuk sewa tapak niaga karnival Aidilfitri. Iye betul RM20,000 untuk sewa sahaja. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok video @localrkyt dibawah.
Patut la harga baju kayangan belaka, tapak saja bidaan atas RM20K, ? pic.twitter.com/OLeNlyJXaD
— ?? (@localrkyt) March 25, 2023
Mahal betul nak sewa tapak
Sangkaan awal min, tapak karnival Aidilfitri yang dibuka untuk pembidaan dalam video kat atas ni dekat kawasan Lembah Klang. Rupa-rupanya jauh di utara tanah air, dekat Jitra, Kedah. Agak-agak kalau harga kat Lembah Klang ni macam mana lah ye?
Ya Allah mahalnya sampai RM28k sebulan. Habis tu nak jual barang-barang harga berapa ringgit pula baru balik modal. Menangis min dengar harga sewa tapak.
Min pun baru tahu ni kena masuk bidaan untuk berniaga dekat karnival Aidilfitri. Selama ni min ingat kena bayar yuran je, tak sangka lah sampai mahal macam ni.
Serius lah RM5,000 untuk sewa tapak je. Itu belum masuk gaji pekerja dan bil elektrik lagi kan.
Ohh.. maknanya track record tapak karnival ni memang baik lah. Sebab itu orang sanggup buat bidaan sampai lebih RM20k untuk berniaga kat sini.
Apa-apa pun kan, rezeki itu datang dari Maha Pemberi. Kalau murah rezeki kita, dapat banyak lah keuntungan. Kalau bukan rezeki kita, bersyukur lah apa adanya.
Baca: “Saya dah brek, tapi langgar juga khemah”- Rempuh 6 Gerai Bazar Ramadan, Wanita Mohon Maaf