Apa butik baju yang korang suka pergi? Mesti dah aim memana kan untuk shopping raya. Time puasa ni semua benda korang tengok rasa macam nak beli. Tambah-tambah nak dekat raya, ada je rasa kena grab cepat segala persiapan raya, kalau tidak, habis melepaslah. Lagi-lagi bila check butik yang jual secara online, banyak barang dah sold out. Menangis dekat bucu katil la nampaknya.
Video yang dikongsi @sehasafhee menerusi akaun Twitter nya menunjukkan orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam sebuah butik pakaian tempatan sebaik sahaja pintu kedai dibuka. Seram jugak kang terjatuh terpijak, tak dapatlah nak beraya nanti. Shopping boleh tapi jangan berebut sakan sampai tak ingat dunia. Yeke marketing strategy? Habis tu kenapa dekat tepi kedai kosong je?
Klik SINI untuk menonton video tersebut
Beriya betul masing-masing
Beriya betul nak shopping. Tak hiraukan keselamatan langsung dah. Kalau pintu kaca tu pecah memang settle lah. Berparut lah muka di pagi hari raya


Husnudzon sikit di bulan puasa, mungkin ada sale diskaun diberi untuk beberapa pelanggan terawal ke kan. Biasalah semua butik nak tawarkan promosi istimewa nak tarik perhatian pelanggan untuk datang.


Korang jenis yang suka shopping dekat butik ke atau jenis lepak rilek dok rumah beli online je? Apapun tatatertib perlu dijaga walaupun ketika bershopping. Jangan sampai pecah pintu butik atau terkoyak baju sudahlah.
