in

“Macam Tarzan” – 3 Kisah Tragis ‘Kanak-Kanak Liar’ Yang Dibesarkan Jauh Dari Dunia Manusia

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah tengok cerita Tarzan kan? Kalau korang nak tahu, manusia yang hidup jauh dari dunia manusia ni memang ada dan wujud namun begitu perlakuan mereka akan berbeza dengan manusia biasa dan mereka ini dipanggil sebagai “kanak-kanak liar”.

Kanak-kanak liar ini adalah orang yang diasingkan dari sentuhan manusia sejak awal usia, fenomena ini sangat-sangat jarang berlaku dan biasanya ia terjadi kerana kanak-kanak ini diabaikan oleh ibu bapa.


Di dalam sejarah manusia, hanya lebih kurang 100 kes kanak-kanak liar yang diketahui. Dekat bawah ni ada beberapa cerita tragis tentang mereka. Sama ada membesar di hutan atau dibesarkan oleh binatang, cerita-cerita ini akan buat korang terkejut dan sedih.

1. Dina Sanichar

N7Ziirtamhd91.Png

Dibesarkan oleh sekumpulan serigala di hutan Uttar Pradesh, India, Dina Sanichar menghabiskan masa-masa kecilnya menganggap dirinya merupakan seekor serigala. Dipercayai, dia tak pernah belajar untuk berinteraksi dengan manusia sehinggalah seorang pemburu menemuinya pada 1867 dan menghantarnya ke rumah anak yatim.

Ketika Dina ditemui di sarang serigala, pemburu terkejut melihat kanak-kanak berusia enam tahun ada di kalangan serigala di sana. Mereka membuat keputusan yang ianya tak selamat untuk seorang kanak-kanak terus tinggal di hutan.

Bagaimanapun, pemburu-pemburu ini mula sedar yang mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini kerana dia mempunyai perilaku yang sama seperti serigala seperti merangkak dan hanya bercakap melalui dengusan dan lolongan.

Ekoran ini, pemburu-pemburu ini telah mengumpan kumpulan serigala ini keluar dari gua dan membunuh ibu serigala sebelum membawa kanak-kanak liar ini pulang bersama mereka.

Di rumah anak yatim, kanak-kanak ini telah diberikan nama namun masih berkelakuan seperti serigala dan hanya mahu makan daging mentah serta mengunyah tulang untuk tajamkan giginya.

Segala ajaran orang-orang di sana kebanyakannya tak membuahkan hasil malah tanda isyarat seperti menunjuk pun sukar untuk diajar ekoran serigala tak mempunyai jari.

Pun begitu, Dina akhirnya berjaya mengubah perilakunya dan mula belajar untuk berjalan menggunakan dua kaki, memakai pakaian sendiri, makan dari pinggan dan hisap rokok!

Tapi, Dina tak pernah dapat belajar percakapan manusia atau sesuaikan dirinya dengan kehidupan sebagai manusia sepanjang hidupnya. Dia akhirnya meninggal dunia pada 1895 kerana sakit batuk kering di usia 35 tahun.

2. Genie Wiley

Trhv1K

Antara kanak-kanak liar yang ditemui di Amerika, mungkin tak ada seorang pun yang mengalami penderitaan kejam seperti Genie Wiley. Dilahirkan pada 1957 di Los Angeles, dia terpaksa melalui penderaan yang sangat dahsyat di tangan ayahnya Clark Wiley.

Selama 13 tahun, Clark telah menyimpan Genie di dalam sebuah bilik seperti penjara. Kebanyakan masa, Genie telah diikat ke atas jamban kanak-kanak dan kadang-kadang diletakkan dalam kandang. Apabila Clark tidak memukulnya, dia akan menyalak ke arah anaknya itu seperti anjing gila.

Lebih menyedihkan, Genie tak pernah berinteraksi dengan orang lain dan tak dibenarkan keluar langsung sehingga dia dan ibunya Irene melarikan diri dari rumah tersebut pada 1970.

Disebabkan Irene hampir buta, dia mendakwa kecacatannya itu telah menghalang dia untuk membantu anaknya sepanjang penderaan itu.

Tak lama selepas lari dari rumah, Irene yang mahu ke pejabat yang memberi bantuan kepada orang buta telah tak sengaja masuk ke dalam pejabat khidmat sosial. Pekerja sosial memandang Genei dan terus sedar yang kanak-kanak ini perlukan bantuan.

Pada awalnya mereka menyangkakan Genie merupakan seorang autistik tapi kemudiannya mereka baru sedar yang Genie merupakan kanak-kanak liar.

Kes penderaan kanak-kanak mula dibuka ke atas ibu bapa Genie namun Irene dapat meyakinkan pihak berkuasa untuk menggugurkan kes ke atasnya dengan mendakwa dia juga merupakan mangsa suaminya,

Bagi Clark, dia telah membunuh diri sebelum sempat dibicarakan dan meninggalkan nota: “Dunia tak akan pernah faham.”

Selepas itu, Genie mula menjadi subjek pelbagai eksperimen oleh saintis yang berminat untuk melihat perkembangan percakapan kanak-kanak liar. Dari 1971 sehingga 1975, pakar telah menemui beberapa perkara seperti seseorang itu masih boleh belajar bercakap selepas akil baligh walaupun sukar.

Bagaimanapun, ramai yang merasakan eksperimen ini tidak beretika dan ramai saintis ini dituduh mempunyai konflik kepentingan kerana Genie tinggal bersama mereka ketika kajian dijalankan ke atasnya.

Ekoran ini, Irene telah memfailkan saman terhadap hospital dan saintis yang terlibat dengan mendakwa mereka telah menggunakan anaknya untuk keuntungan sendiri. Saman ini kemudiannya selesai pada tahun 1984 dan mereka tak dibenarkan untuk berhubung dengan Genie.

Genie kemudiannya tinggal bersama ibunya untuk masa yang singkat sebelum dipindahkan ke rumah keluarga angkat berlainan. Dia turut didera ketika tempoh ini menyebabkan Genie tak pulih dari trauma dan menyebabkan dia mula kembali ke sifat asalnya.

Walaupun dia dikatakan masih lagi hidup sehingga hari ini dan tinggal di sebuah fasiliti di Loas Angeles, Genie dikatakan hanya seperti mayat hidup.

3. Marie-Angélique Memmie Le Blanc

She Killed A Bulldog In Self Defense Photo U3

Pada 1731, penduduk kampung di Songy, Perancis telah menemui seorang kanak-kanak memakai baju yang diperbuat dari kulit haiwan sedang mencuri epal dari sebuah ladang. Anggaran umurnya pada ketika itu adalah dari 10 ke 18 tahun.

Ketika anjing dihantar untuk menghalaunya, kanak-kanak liar ini telah membunuh anjing tersebut dengan satu tumbukan dan lari ke dalam hutan berdekatan dalam masa yang singkat. Penduduk kampung di sana kemudiannya berjaya menangkapnya dan mula sedar yang kanak-kanak ini tak boleh bercakap dan hanya boleh berkomunikasi seperti binatang serta sering melolong.

Dia kemudiannya dimasukkan ke dalam hospital dan dibaptiskan sebagai Marie-Angélique Memmie Le Blanc. Doktor dan pakar kemudiannya cuba untuk mengajarnya untuk menjadi manusia.

Pendedahan mengenai latar belakang kanak-kanak ini kemudiannya didedahkan pada tahun 1755 apabila seorang penulis biografi mengatakan bahawa Marie merupakan seorang kanak-kanak asli Amerika yang telah dicatkan menjadi hitam dan dijual sebagai hamba di Wisconsin ketika berusia 7 tahun.

Dia kemudiannya dijual kepada seorang wanita Perancis. Ramai percaya bot yang dinaikinya untuk ke Perancis telah karam dan dia hanyut ke pantai bersama seorang lagi kanak-kanak lain.

Dari sana, mereka telah menjadi kanak-kanak liar dan tinggal di dalam hutan dan mula makan tupai, musang dan arnab untuk meneruskan hidup. Namun, pada suatu masa mereka terpisah dan Marie telah ditemui.

Walaupun mempunyai kehidupan awal yang traumatik, Marie kemudiannyan berjaya untuk kembali sihat semasa di hospital dan mula belajar bercakap Perancis dan mendapat semula kelebihan bahasanya yang telah hilang.

Dsc04840 3

Bergaul dengan orang-orang bangsawan, Marie telah mendapat elaun yang banyak oleh seorang duke dan dibenarkan untuk meneroka Eropah. Malah, untuk jangka masa yang singkat, Marie turut cuba untuk menjadi seorang biarawati.

Apabila duke tersebut mati pada 1752, Marie telah kehilangan sumber kewangan namun tak lama sebelum mendapat sumber dari orang bangsawan lain ekoran aktif bersosial dengan orang kaya. Ketika dia meninggal dunia pada usia 63 tahun pada 1775, Marie sendiri merupakan orang berada di mana dia gemar memakai pakaian diperbuat dari sutera atau baldu.

Sumber: ati

 

Baca: Kayla Unbehaun: Kanak-kanak Diculik Ketika Usia 9 Tahun Ditemui Selamat Lepas Ceritanya Keluar Netflix

Collage 15 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.