Pepatah ada mengatakan, siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya. Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas nampaknya telah memberi perubahan besar kepada penyanyi Ameng Spring apabila dia muncul dengan penampilan lebih kurus dari terdahulu.
Menerusi perkongsian di Instagram Ameng, isterinya Sabariah Zakaria, mengakui tidak percaya dengan perubahan drastik suaminya itu.
Ameng katanya telah turun 18kg hasil daripada pengawalan makanan dan workout yang dilakukannya selepas kerajaan melonggarkan PKP.
“Kita terinspirasi dengan perubahan Encik Hubby kita. Siapa sangka kan… kita sendiri pun tidak terjangka. Macam tak percaya saja.
“Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik Hubby nekad… kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gym sebab PKP.
“Tapi bila kerajaan umum gym dah boleh buka hingga sekarang Encik hubby tak pernah terlepas workout,” katanya.
https://www.instagram.com/p/CDwULrlj5C5/
“Makin encem Abg Ameng kite dah kurus”
Perubahan yang dilakukan Ameng itu mendapat pujian netizen yang terkesima dengan semangat yang dimiliki penyanyi tersebut.
Ada juga yang mengatakan Ameng terlihat lebih kacak dengan penampilan terbaru ni.
Berikut antara gambar-gambar Ameng yang dah ketara semakin kurus. Fuh tetiba pulak admin rasa nak diet sekarang ni!
https://www.instagram.com/p/CCnbhcFDUTW/
https://www.instagram.com/p/CDNp46QDGAu/
https://www.instagram.com/p/CBwokB2jW0o/
Jom diet dan kurus macam Abang Ameng!