Korang semua mesti pernah menangis tengok movie P.S. I Love You kan? Biasalah dalam movie semua benda memang sweet terlebih.
Tapi siapa sangka benda ni boleh jadi realiti?
Baru-baru ni, seorang wanita Aly Mendoza telah kongsikan di media sosial tentang e-mel yang dia terima dari bapanya yang telah pun meninggal dunia 10 bulan lepas.
Pada mulanya, wanita ni rasa teragak-agak nak buka e-mel tersebut, mana taknya bapanya dah meninggal dan tiba-tiba dia dapat e-mel takkan tak terkejut kan?
Selepas dua hari berfikir, Aly akhirnya buka e-mel tersebut. Mengejutkan, dalam e-mel tersebut, bapanya memberikan beberapa arahan kepadanya.
Rupa-rupanya, 10 bulan lalu, bapa Aly telah merancang hari istimewa untuk ibunya tanpa pengetahuan sesiapa. Malah, lelaki ini dah pun bayar bunga untuk dikirimkan pada isterinya setiap kali hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan Valentine’s Day pada tahun-tahun kehadapan. Seriouslahhh!
Daddy dah suruh orang dekat kedai bunga untuk contact Aly setiap 10 Jun, Valentine’s Day dan 19 Ogos untuk tahun-tahun yang akan datang so that dia boleh hantar bunga yang Daddy dah bayar dekat Mummy.”
Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut hantar surat kepada isterinya bagi menceriakan isterinya itu di atas pemergiannya dan Aly perlu beri surat tersebut pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25 tahun ini.
Mengikut arahan dari bapanya, Aly kemudiannya mengejutkan ibunya dengan parti ulang tahun perkahwinan yang telah dirancang oleh bapanya dan bila wanita ini terima bunga dari arwah suaminya, dia tak dapat menahan sebak. Korang tengok je lah video dekat bawah ni.
https://www.facebook.com/alymndz17/videos/10215764245170555/?t=15
Kisah yang telah viral di media sosial ni telah menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya sebak dengan komitmen yang dilakukan oleh bapa Aly dan cintanya kepada isterinya.