in

“Macam pegang tangan girlfriend” – Jepun Cipta Inovasi Tangan Robot Khusus Untuk Golongan Single

Ft Tangan Final E1638074162576

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut je negara Jepun, sudah pasti korang tahu negara ‘matahari terbit’ ini kaya dengan pelbagai teknologi yang serba moden dan canggih sehingga tidak terjangkau dek akal fikiran.

Terbaru, Jepun sekali lagi ‘menggemparkan’ netizen apabila mereka berjaya menginovasi satu rekaan robot yang seakan-akan tangan wanita khusus untuk golongan-golongan single.


Menerusi sebuah klip video yang tular di laman Twitter @nypost, terdapat satu rekaan teknologi robotik yang menjadi tumpuan dimana seorang jurutera dari Universiti Gifu, Jepun telah berjaya mencipta sebuah tangan robot yang berupa seakan-akan tangan wanita yang sebenar.

 

Diberi nama “My Girlfriend in Walk”

Teknologi terbaru ini yang dikenali sebagai “My Girlfriend in Walk” telah diciptakan untuk memberikan pengalaman baru buat golongan single yang mahu berjalan berpegangan tangan seolah-olah mempunyai teman wanita yang sebenar.

Menurut Oddity Central, tangan robotik ini telah dilengkapi dengan mikrokomputer, sensor tekanan, motor, filem pemanas dan juga material seakan-akan warna kulit manusia.

Tangan yang diperbuat daripada besi itu juga turut dilapisi dengan gel lembut yang telah direka khas untuk menghasilkan stimulasi sentuhan apabila bersentuhan dengan permukaan kulit.

Feat Tangan

 

Turut keluarkan haba, peluh…

Bukan setakat itu sahaja, tangan robotik ini juga dikatakan turut mengeluarkan haba sama seperti tangan manusia yang sebenar melalui filem pemanas yang terkandung di dalamnya.

Terdapat juga kain lembap kecil diselitkan diantara tangan robotik itu yang dapat mengeluarkan cecair melalui lubang-lubang kecil material kulit itu yang seakan-akan peluh manusia.

Apa yang lebih mengujakan, pelbagai jenis wangian juga boleh dipilih dan ditambah ke dalam cecair ‘peluh’ tiruan ini untuk menghasilkan bau-bau tertentu seseorang.

Feat Tangan 1

Unik ke scary ni?

 

Boleh genggam semula tangan pemilik

Tangan robot ini tidak hanya berfungsi statik seperti patung apabila dipegang, tetapi ia juga boleh mengenggam semula tangan si pemilik dengan erat bergantung kepada sensor tekanan yang dipasang. Lebih kuat tenaga tangan yang mengenggam, maka lebih erat juga tangan robot ini menggengam semula.

Bukan itu sahaja, ianya juga boleh mengesan sekiranya pemiliknya itu berjalan dengan pantas atau perlahan, maka ia akan secara automatik cuba untuk menyaingi langkah pemiliknya melalui rail bermotor yang dipasang pada bahagian lengan yang dapat mengesan daya tarikan kehadapan atau kebelakang.

Tangan Robot

 

Mampu selesaikan masalah kesunyian mereka yang single

Walaupun teknologi tangan robotik ini baru berada pada tahap pengujian, namun penciptanya percaya bahawa teknologi ini mampu untuk menyelesaikan masalah kesunyian yang dihadapi oleh mereka yang tidak mempunyai teman hidup,

Di samping itu, ciptaan ini juga dapat membantu mereka untuk mengekalkan gaya hidup yang aktif dengan keluar beriadah dan berjalan-jalan bersama tangan robotik ini.

Teknologi tangan robot wanita ini telah berjaya berjaya meraih perhatian netizen yang meluahkan reaksi yang pelbagai.

 

“Orang Jepun selalu cipta benda pelik” – Netizen

Twit 0

Twit 1 1

Twit 2 1

Twit 3 1

Mana yang single tu, boleh la beli tangan ni. Janji tak haram bersentuhan tangan. 

Baca: The Amazing Marino Morikawa : Saintis Jepun Yang Berjaya Bersihkan Tasik Seluas 150 Hektar Dalam 4 Bulan Je! 

Baca Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.