in

“Macam nilah baru best ustaz” – Viral Ustaz Sempoi Dari Indonesia, Gemar Main Skate & Suka Dekati Golongan Remaja

ustaz hanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak beberapa pendakwah seperti PU Abu, Dai’ Wan dan lain-lain lagi terbabit dalam isu kontroversi, mereka ini telah digelar penunggang agama dan kebanyakan masyarakat dah kurang percaya dengan golongan-golongan ini.

Ramai sebenarnya yang suka golongan ustaz yang lebih sempoi dan mendekati golongan remaja macam seorang ustaz dari Indonesia ni. Menerusi satu posting viral di Twitter, ustaz hebat ni katanya nak datang ke Malaysia. 


 

“Ustaz hebat ni nak datang Malaysia wei… Jutaan anak muda Indonesia follow dia” 

Posting yang dikongsikan oleh Ahmad Haris ni menampilkan seorang pendakwah bernama Ustaz Hanan Attaki yang dikatakan telah membawa budaya lebih sempoi dalam berdakwah kepada remaja. 

Event-event Ustaz Hanan ni boleh tahan wow jugaklah admin tengok. Siap ada band menyanyi, budak-budak skate perform dan ada games lagi. Memang lain dari yang lain lah!

https://twitter.com/ahmadharis1435/status/1128452064915349504

D6kSjGqUYAAjc3U

D6kSkUuUcAALN5z

D6kSlKwUYAAcdZ
Sumber: Twitter

Katanya ustaz ni akan buat event pada 22 Mei ini di Masjid KLCC. Haa siapa yang berminat bolehlah join kan? 

 

“Eh Ustaz Hanan ni main skate. Mana boleh main skate dan games ustaz. Pakai cap plak tu, bergaul dengan orang tak tentu hala”

Penampilan Ustaz Hanan ni ternyata berbeza gila dengan PU mahupun Dai yang kita selalu kenal sebab dia nampak lebih sempoi, tak pakai jubah mahupun songkok 24 jam dan ceramahnya jugak katanya sangat menyentuh hati.

Bagi golongan ustaz yang pernah bawa pendekatan seperti ni dahulu, mereka terasa cemburu dengan kejayaan ustaz ni kerana dulu ada yang pernah kecam mereka ni telah mencemarkan imej agamawan. Hmm patutlah tak pernah nampak ustaz pakai baju sempoi-sempoi. 

addien

sempoi
Sumber: Twitter

 

Siapa Ustaz Hanan Attaki ini sebenarnya?

Bagi yang belum mengenali ustaz ini, Hanan Attaki sudah lama terkenal di Indonesia dan dijadikan idola yang diikuti ramai generasi muda. Backgroundnya juga bukan calang-calang tau.

https://www.instagram.com/p/Bp6bT2Ul1JB/

Sejak dari muda lagi, Hanan sudah mendekati Al-Quran dan memenangi Musabaqah Tilawah Al-Quran di daerahnya. Dia kemudian lulus dari Pondok Pesantren Ruhul Islam Banda Aceh dan mendapat biasiswa ke Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir dalam bidang Tafsir Al Quran di Fakulti Usuluddin.

https://www.instagram.com/p/BtpkZAgF8Zd/

Dengan gaya pakaian yang santai dan sangat cocok dengan imej anak muda, Ustaz Hanan gemar gunakan bahasa orang milenial dalam menyampaikan ceramahnya. Kebanyakan isi ceramah mengenai rezeki, doa, niat, kesabaran dan jodoh.

Bagi korang yang nak dengar ceramah mahupun perjalanan dakwah ustaz ini, follow je laman Instagramnya di sini

https://www.instagram.com/p/Bn8u1_2nmOC/

Semoga kita terus istiqamah dalam berubah menuju jalanNya. 

Baca: “Alasan dia tak boleh naik bas sebab hujan WTF!” – ‘Pendakwah Muda’ Mungkir Janji Dengan Pelajar Sekolah?

dakwah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.