Korang tahu tak, nak buat piping untuk hiasan atas kek tu memerlukan satu kemahiran yang tinggi? Nampak je macam senang nak buat, tapi sebenarnya kalau korang try piping susah gila guys!
Disebabkan dah tahu betapa susahnya piping kek ni, jadi sebuah video seorang atok yang terlihat sangat mahir dalam hiasan kek telah menarik perhatian ramai.
Video yang dikongsikan di laman TikTok Aisha Ammar ini telah memperlihatkan atoknya yang berumur 89 tahun itu sedang menghias kek dengan piping yang sangat unik!
https://www.tiktok.com/@aishaammaar/video/7041565602346994970?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8Rayr%2FPMyBTRRhV%2FXWFKp3%2F11VHfqJQxjKLZi3LBsAWHT9q25ETE%2BSrGmDdVo0Iq4RGZ77JL4J0LvX%2FvAGgA%3D&checksum=f2ab47ea6eb439da02c3ad5eafbbd1b22e506aa26394fa1fc687556d84595dbf&language=en&mid=6869003847352748802&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA4pw52LJxGKS07ELvkWP9b4NiULCPRRoLaoGlZsXKD7_xPrHuZiCeTqvkYjVEmYZt&share_app_id=1180&share_item_id=7041565602346994970&share_link_id=3B1313FC-14A7-43A7-9017-B90799F02F97&source=h5_t×tamp=1639543096&tt_from=copy&u_code=de21752elg052h&user_id=6861237501894755329&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Video berdurasi 22 saat itu telah berjaya menarik perhatian ramai kerana piping kek yang dibuat atok ini bukan sahaja kemas dan cantik, malah sangat unik! Bayangkan nak tulis atas kek huruf rumi pun dah susah, tapi atok ni memang rare, dia tulis jawi!
Tulisan jawi yang ditulis adalah berbentuk doa-doa harian. Jika dilihat dalam video berkenaan, tulisan jawi atok ini sangat lah kemas dan tak comot langsung sehingga telah berjaya menarik perhatian sebanyak 211.6 ribu penonton!
Melalui TikTok Aisha ini juga, dia ada memuat naik video lain yang memaparkan kerajinan atoknya itu selain daripada boleh menghias kek. Atoknya yang dahulunya seorang guru itu juga boleh memasak, berkebun, dan mahir membuat parang.
Di ruangan komen pula, ramai yang terpegun dengan hasil tangan atok ini yang penuh seni dan kreatif itu. Ramai juga yang mendoakan agar atok diberi kesihatan yang baik.
Respect lah atok ni! Siapa yang teringin nak beli atau nak buat kek hantaran ke boleh lah ke Perak dan order dari atok ya.
Baca: Eh kena balik?-[VIDEO] Reshoot Nak Surprise Amelia Henderson Tak Sangka Kena Prank Birthday Balik