in

“Macam mana dia panjat tu?”- Lelaki Bertenggek Lebih 4 Jam Di Atas Tiang Elektrik

f4 bertenggek atas tiang elektrik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemuda di Phnom Penh, Kemboja baru-baru ini menjadi perhatian ramai terutamanya warganet negara itu apabila dia sanggup duduk bertenggek di atas tiang elektrik selama lebih empat jam.

Memetik laporan Khmer Times, ada penduduk yang ternampak bahawa lelaki itu berpaut pada tiang elektrik itu pada kira-kira jam 4.30 pagi.


10 2 1

Apa yang membimbangkan ialah tiang elektrik itu berselirat dengan kabel elektrik.

Meskipun beberapa kali telah disuruh untuk turun oleh orang awam, namun lelaki itu tetap tidak berganjak.

Dia kemudiannya terpaksa dibawa turun dengan menggunakan kren oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: Seronok Main Di ‘Cat Tree’ Sampai Tersangkut Kepala, Ibu Akhirnya Terpaksa Panggil Bomba

Artikel Berkaitan: “Dalam gelap pun onzzz” – Rumah Blackout Waktu Majlis Nikah Tapi Teruskan Je Pakai Lampu Handphone

Difahamkan, pemuda itu sebenarnya terlibat dengan dadah, jadi berkemungkinan besar dia tidak sedar sepenuhnya ketika memanjat tiang tersebut.

Setelah dibawa turun, dia kemudiannya dibawa dengan menaiki trak oleh Jabatan Hal Ehwal Sosial tempatan untuk bantuan selanjutnya.

Macam mana la dia boleh panjat tiang elektrik yang ada banyak kabel macam tu kan? 

Sumber: Khmer Times

Sumber: Khmer Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.