Kejadian yang boleh dikatakan ngeri berlaku di salah satu rumah penjagaan pesakit mental swasta di Jalan Tebing Tinggi, Bukit Katil dimana seorang wanita berusia 50-an terjerlus dalam lubang tandas jenis cangkung, lapor Harian Metro.
Dikatakan wanita itu nak buang air besar sebelum kedua kakinya itu termasuk ke dalam lubang tandas yang dikatakan sudah pecah beberapa hari lalu.
Situasi menjadi panik dan wanita berkenaan meronta keluar tapi tidak dapat menyebabkan badan mangsa termasuk hingga ke paras dada.
Pihak pengurusan penjagaan rumah kebajikan segera melaporkan kejadian kepada pihak bomba dan tidak lama selepas itu 7 orang anggota bomba dengan satu jentera datang menyelamatkan mangsa.
“Anggota kami menggunakan peralatan ‘paratech’ dan ‘rambar’ untuk memecahkan lubang tandas sebelum mengeluarkan mangsa.”
Dalam pada itu, mangsa yang mengalami luka ringan dihantar ke Hospital Melaka menggunakan khidmat Ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Katil.
Baca : “Macam Final Destination” – Kipas Lama Tercabt Daripada Siling & Cederakan Leher Wanita Malang Ini!