Semalam, kecoh di media sosial apabila ada khabar angin mengatakan Jofliam sedang bersekedudukan dengan wanita yang didakwa menjadi punca perceraian dia dan pempengaruh Cik Epal iaitu Dewi.
Lebih mengejutkan dakwaan itu dibuat oleh individu yang mendakwa dirinya ibu kepada Jofliam.
Artikel berkaitan: Cik Epal Tuntut Dewi Buat Permohonan Maaf Terbuka & Bayar Ganti Rugi RM 1 Juta
Artikel berkaitan: Cik Epal Berseloroh Mahu Masuk Podcast Kalau Dibayar RM100K, Caprice Cakap Dia ‘Ons’?
Hari ini, Cik Epal menerusi laman Instagram miliknya pula mendedahkan dia kini tidak dibenarkan memasuki rumahnya.
Dalam beberapa hantaran IG Story, Cik Epal berkata Jofliam telah bertindak menukar kad akses ke rumah mereka serta menghalang dari dia dan keluarganya untuk masuk, itu menyebabkan Cik Epal susah untuk mengambil barangan miliknya di rumah tersebut.
Cik Epal berkata perkara itu sebelum ini sepatutnya diselesaikan secara peribadi namun dudanya itu bertindak membuka semua cerita berkenaan pertelagahan mereka.
Malah, Cik Epal juga mendedahkan bahawa Dewi itu memakai barangannya tanpa segan silu meskipun telah diberikan pelbagai hadiah berjenama mewah daripada bekas suaminya itu.
Sebelum ini, Cik Epal dalam Instagram miliknya memberitahu dia telah mengeluarkan tuntutan permohonan maaf daripada Dewi menerusi peguamnya serta meminta ganti rugi sebanyak RM 1 juta selepas pendedahan wanita itu dalam satu rancangan temu bual.
Sumber: Instagram