Seperti yang semua sedia maklum, YDP Agong telah memutuskan bahawa baginda akan melakukan personal interview dengan 222 orang Ahli Parlimen (MP) berkaitan isu pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.
Tak ada angin, tak ada ribut, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS katanya telah membuat kejutan apabila mereka tiba dalam bas di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
JUST IN: A busload of PAS MPs arrived at Istana Negara at 2.45pm. pic.twitter.com/J7q9e0Hyfm
— The Malaysian Insight (@msianinsight) February 25, 2020
Najib dan Zahid naik bas daripada PWTC ke Istana Negara
Lebih mendapat perhatian, MP-MP ini dilihat telah menaiki bas yang disediakan dari Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk ke istana.
Turut kelihatan kelibat Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi bergambar berdua sambil melambai kepada penyokong sebelum menaiki bas tersebut. Fuh kemain! Macam nak pergi trip lawatan je.
https://www.facebook.com/harianmetro/photos/a.10150127373897052/10158284297672052/?type=3
Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan bersama mereka dan dipercayai telah menuju ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan peribadi, menurut Sinar Harian.
https://www.facebook.com/SinarHarian/posts/10158523655099883
“Fuh senang ni jimat kos sikit semua naik bas”
Posting-posting viral ini telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji tindakan MP tersebut yang boleh mengelakkan kesesakan jalan raya. Dah macam rombongan sekolah dah kan ramai-ramai gini.
Waaa tiba-tiba min rasa rindu pulak dengan zaman sekolah naik bas ramai-ramai dengan kawan macam ni.