Perselisihan antara negara kita dan negara jiran, Indonesia sering berlaku dek kerana beberapa jenis budaya dan makanan yang boleh dikatakan hampir serupa.
Sebagai contoh, pakaian batik dan makanan seperti sate telah menjadi perdebatan ramai dan di’claim’ menjadi milik salah satu negara. Tapi kita kan serumpun? Jadi faham-fahamlah kalau banyak perkara yang serupa.
Netizen China kritik Park Shin Hye kerana pakai Hanbok?
Ingatkan isu sebegini hanya berlaku antara Malaysia dan Indonesia sahaja, namun rupa-rupanya China dan Korea pun lebih kurang sama!
Baru-baru ini, aktres terkenal Korea, Park Shin Hye yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan telah memuat naik gambarnya memakai Hanbok, pakaian tradisional Korea yang digayakannya ketika photoshoot majlis perkahwinan.
https://www.instagram.com/p/CZ3wHWlLoa9/
Pun begitu, ruangan komen posting tersebut telah dicemari komen kecaman daripada netizen China yang menuduh Hanbok yang dipakai Shin Hye telah ‘ditiru’ atau ‘diubah suai’ daripada pakaian tradisional China iaitu Hanfu.
Tak cukup dengan itu, ada di kalangan netizen China juga menuduh negara Korea sebagai ‘pencuri’ dek kerana pakaian tersebut.
A Korean actresses, Park Shin Hye, is being "terrorized" on Instagram for posting a photo wearing a Hanbok and using the hashtag #koreantraditionalclothes.
Chinese netizens are attacking her claiming the Hanbok is a 'modified hanfu' and that Korea is a thief. pic.twitter.com/G1p0YvyzPL— Nathan Ruser (@Nrg8000) February 13, 2022
“Macam Indonesia dengan Malaysia la, gaduh pasal sate, batik…”
Situasi tersebut walau bagaimanapun telah mendapat perhatian netizen Malaysia yang menyifatkan ia boleh disamakan dengan apa yang berlaku di antara Malaysia dan Indonesia.
Dek kerana persamaan dari segi budaya, kita sering berselisih pendapat dan adakalanya ia melibatkan perkara yang sangat remeh macam Upin Ipin.
Bagi yang tak tahu, ada tiga jenis pakaian yang sering menjadi perdebatan antara tiga negara iaitu Hanfu dari China, Hanbok dari Korea dan Kimono dari Jepun.
Tapi kalau dilihat betul-betul, ketiga-tiganya mempunyai design yang berbeza walaupun nampak seakan-akan serupa.
Apa-apapun sebaiknya kita raikanlah persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Tak ada siapa yang rugi dalam hal ini kerana masing-masing ada keunikan yang tersendiri, kan?
Baca: Dianggap ‘Wedding of The Year’, Ini Kisah Cinta Park Shin-hye & Choi Tae-joon Yang Ramai Tak Tahu!