Malaysia kaya dengan adat dan budaya, malah setiap negeri mempunyai tradisi yang berbeza dan unik.
Pun begitu, baru-baru ini seorang individu di aplikasi X secara tanpa nama (anonymous) berkongsi pengalamannya di mana dia dan ibunya diminta untuk membayar makanan yang dihidangkan dalam satu majlis perkahwinan di Johor.
Artikel berkaitan: “Kena hormat majlis” – Juru Gambar Beri Peringatan Kepada Lelaki Untuk Datang Kenduri Berkasut
Artikel berkaitan: “Nasi je free” – Netizen Bingung Tetamu Kena Bayar Lauk Kenduri, Rupanya…
Individu itu berkongsi dia sangat terkejut dengan majlis tersebut dan tertanya-tanya adakah ini hanyalah sekadar trend atau tradisi di negeri selatan itu.
Kalau orang lain pun complain bukan normal/budaya laa tu dekat situ. Apooo ang ni. Tapi menarik juga konsep ni.
[Buy 1 take 1] Dr.Leo Blackhead Removal Acne Clay Mask Amazon White Deep Pores Cleansing Mask Salicylic Acid Exfoliating Moisturizing mask skincare face masker muka… pic.twitter.com/Rq2lWWfSA9
— 🔺meingl🔻 (@meinmokhtar) December 30, 2024
“Lepas tu, ni aku tengok pengantin merentan dekat IG story sebab orang complain majlis dia. Dia cakap tu semua untuk ganti rugi majlis dia berhidang pada orang, dalam masa sama dia bantu peniaga juga,” tulisnya.
Luahan menerusi akaun X @meingl itu menarik perhatian netizen, ada yang berkongsi pernah mengalami situasi sama dan rata-rata menganggap perkara itu sangat tidak normal.
Hmm, first time dengar ni
Sumber: X