Apabila berada di atas jalan raya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ini termasuklah kemalangan dan kerosakan kenderaan.
Pun begitu, baru-baru ini sebuah insiden berlaku di Jalan Kuala Lumpur – Kuantan di mana seorang lelaki berpaut pada belakang lori yang sedang bergerak sebelum terjun dan terjatuh. Difahamkan, lelaki itu berpaut sejauh 3 kilometer.
Perkara itu dirakamkan oleh pengguna jalan raya yang lain dan video berdurasi 28 saat itu telah tular di laman Facebook.
https://www.facebook.com/inforoablock/videos/531622308338705
Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut dipercayai mempunyai masalah mental dan kejadian yang berlaku kelmarin itu menyebabkan kecederaan pada muka, tangan kiri serta kaki kanannya.
Difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang oleh pemandu kenderaan lain yang melihatnya sebelum ahli keluarganya dimaklumkan berkaitan kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa memanjat bahagian belakang lori tangki di sebuah stesen minyak di Bandar Lanchang.
Tambahnya lagi, pemandu lori terbabit tidak menyedari mangsa memanjat kenderaan itu sebelum terus beredar dari stesen minyak terbabit.
“Pemandu lori berusia 52 tahun berasal dari Terengganu tidak menyedari kejadian itu sehingga dia melihat video tular membabitkan kenderaannya malam tadi,” katanya.
Pemandu lori yang melihat video itu kira-kira 9 malam semalam hadir ke Balai Polis Temerloh jam 3.50 petang hari ini untuk membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu kegusaran am kepada orang awam.
Nasib baik ada orang awam yang prihatin!
Baca: “Aduh pak!” – Lelaki Lupa Isteri Ada Atas Motor Terus Turun Nak Bantu Mangsa Kemalangan, Akhirnya...