in

“Macam bufet hotel!” – Cikgu ‘Review’ Menu Kantin Sekolah, Siap Buat Stesen Ikut Selera Pelajar!

Kantin 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasa kita lihat makanan di kantin sekolah dihidang sama setiap hari seperti nasi goreng, nasi lemak, mi goreng dan lain-lain. Kadang-kadang tu, cikgu dan pelajar pun boleh jemu makan lauk yang sama sahaja.

Kantin hidang makanan macam bufet hotel?

Pun begitu, seorang cikgu menerusi TikTok @cikguctiey, telah memuat naik video dirinya review makanan yang dijual di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor. Menariknya, kesemua makanan itu dihidang seperti bufet hotel.


Artikel berkaitan: “Patut dicontohi!” – Viral! Kantin Sekolah Jual Nasi Lemak Ayam RM2 Sepinggan

Artikel berkaitan: “Bagi halal je RM2” – Netizen Puji Abang Kantin Tak Berkira Dengan Pelajar Sekolah Rendah

Bukan itu sahaja, kantin sekolah itu turut menyediakan beberapa buah stesen mengikut selera pelajar sekolah itu. Bagi mereka yang mahu makanan ala-ala western, ada stesen yang menjual sup cendawan bersama garlic bread, makaroni dan kebab.

Kantin 8
Sumber: tiktok

Ada juga stesen yang menghidangkan menu ayam Korea, ayam buttermilk dan buah-buahan yang pastinya menjadi kegemaran pelajar-pelajar sekolah tersebut. Kalau teringin nak makanan style Melayu, ada dijual nasi putih, ayam goreng mamak, ulam dan sambal belacan.

Kantin 7
Sumber: tiktok

Selain itu, setiap stesen tersebut juga ada pekerja yang akan mencedok setiap makanan yang dipesan dan harga untuk setiap menu sangat berpatutan untuk dibeli oleh para pelajar sekolah itu.

@cikguctiey9681

Review menu kantin sekolah #fyp #foryou #learnontiktok #tiktokguru #ceritacikguctiey #cikguctieycikgusejarah #sutama

♬ original sound – CikguCtiey – CikguCtiey

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen tertarik melihat setiap menu yang dijual di kantin sekolah tersebut. Mereka juga menyamakan cara hidangan di setiap stesen seperti bufet makanan di hotel.

Kantin 3

Kantin 4

Ada juga yang beranggapan cara sebegitu boleh membuatkan pelajar tidak bosan dan ibu bapa juga tidak risau dengan menu yang dijual di kantin.

Kantin 1

Kantin 2

Sedapnya tengok semua menu!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.