in

Macam Budak Kecik! Gelagat Anak Bulus Ketagih Gajet Curi Perhatian, Paling Suka Tengok Kartun Cocomelon

kucing gajet 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang yang ada bela haiwan peliharaan kat rumah tu, min nak tanya, korang pernah tak rasa yang haiwan peliharaan korang ni sebenarnya kekeliruan identiti? Dari luaran memang nampak sama macam spesies mereka tapi perangai memang aneh-aneh. Kadang macam manusia pun ada!

cat1 e1645321202575
Gambar hiasan

Bercakap pasal haiwan peliharaan yang berperangai seperti manusia, min nak kongsikan ragam seekor kucing dari negara jiran, Indonesia ni yang berperangai pelik sampai pening kepala tuan dia cuba nak faham.


Lapor Berita Hits, seorang pemilik kucing berkongsi gelagat anak bulusnya menerusi akaun Twitter. Menurut si pemilik, kucing peliharaannya yang berwarna kelabu asap itu ketagihan bermain gajet persis budak kecik!

“Adakah anak bulus kalian juga ketagihan nonton?” tulis si pemilik. 

kucing gajet e1645320734342

Tidak cukup dengan itu, pemilik ini juga mendedahkan anak bulus miliknya itu akan mengamuk persis budak-budak sekiranya permintaannya untuk menonton di gajet tak dipenuhi. Amboi!

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan si pemilik, kucing peliharaannya itu gemar menonton kartun Cocomelon. Malah, ia juga kadangkala suka menonton drama Korea!

4 18 e1645321286677
Gambar hiasan

Perkongsian si pemilik itu mendapat perhatian pengguna laman sosial lain yang rata-ratanya terhibur dan tak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman sama mereka bersama anak bulus masing-masing.

“Anak bulus aku juga ketagihan. Kalau tak dituruti, seharian akan meow marah-marah dan gigit kaki,” komen warganet.

“Kucingku pulak kalau diberikan handphone, malah ditendang. Dia lagi suka tidur,” komen pengguna lain pula.

Sumber: Berita Hits

Baca: “Marah vet ke tu”- Aksi Kucing ‘Mengadu’ Pada Tuan Lepas Kena Suntik Buat Ramai Geram

f1 suntik kucing e1645319518169

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.