in

Macam Air Kumbahan, Taman Fair Park Pertama Kali Dilanda Banjir Sejak 30 Tahun

Banjir Taman Fair Park Kumbahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujan lebat berterusan menyebabkan kawasan perumahan di Arena Kepayang Putra, Fair Park, Ipoh dilanda banjir kilat, semalam.

Kejadian sekitar jam 1 petang itu disifatkan penduduk sebagai di luar jangkaan apabila kali pertama berhadapan banjir dalam tempoh hampir 30 tahun di kawasan perumahan terbabit.


Menerusi beberapa video tular di media sosial, situasi di kawasan terbabit menunjukkan keadaan air banjir termenung.

Artikel berkaitan: Alami Kerugian Kira-kira RM200,000, Ramai Sebak Tengok Rumah Di Kelantan Ini Musnah Lepas Ditenggelami Banjir

Artikel berkaitan: “Pasukan redah arus deras ke lokasi tapi..”- Polis Dedah Ada Individu Buat Panggilan Palsu Tentang Banjir

Air kotor penuh sampah

Namun, apa yang mengejutkan apabila air banjir setinggi kira-kira 1.2 meter itu turut dilihat tercemar dan berminyak selain dipenuhi dengan sampah sarap.

Menurut laporan, kawasan perumahan itu mempunyai kepadatan kawasan rumah lebih kurang 500 unit.

“Tempat ini pun penduduk kata tak pernah naik air tapi kerana paras Sungai Kinta meningkat dan tebatan banjir pecah itu sebab air masuk,” ujar Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon.

Bercakap mengenai keadaan air banjir di situ, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Muhammad Hamzah Md Hamdan berkata pada awalnya pihaknya tidak pasti punca keadaan itu namun penduduk mendakwa banyak sampah timbul kerana syarikat konsesi yang bertanggungjawab menguruskan kutipan sampah tidak dapat berbuat demikian pada hari tersebut.

“Jadual kutipan sampah adalah waktu tengah hari (Ahad) tetapi disebabkan kawasan mula dinaiki air, lori tidak dapat masuk menyebabkan sampah-sampah itu mula terapung,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih menunggu laporan dan sedang mencari punca mengenai insiden banjir tersebut.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.