in

“Macam ada benda memerhati” – Wanita Kongsi Pengalaman Mistik ‘Diganggu’ Ketika Solat Di R&R

Untitled design 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang korang dalam perjalanan ke sesuatu destinasi, pasti korang memerlukan rehat sekejap seperti makan, tidur sebentar atau menunaikan solat. Perkara ni korang boleh je buat di masjid atau tempat perhentian seperti R&R.

Tapi, benda yang paling takut ialah bila korang seorang diri dekat tempat macam tu pada waktu malam. Ada je benda mistik nak jadi macam yang dikongsikan sorang wanita ni di laman X, ketika dia solat di sebuah surau R&R.


pol

Artikel berkaitan: Gara-gara Rupa Mirip Hafidz Roshdi, Penyanyi Ini Ditegur Oleh Orang Awam Dekat R&R

Menurut wanita tersebut, kejadian tu berlaku pada jam 11 malam di mana ketika itu dia nampak seorang makcik yang baru je selesai solat. Tanpa berlengah lagi, dia terus ambil wuduk namun perasaan seram sejuk pula yang datang.

“Saya pun buat macam biasa, letak barang dan pergi ambil wuduk. Makcik tadi dah keluar, jadi tinggal saya seorang dalam surau tu. Rasa ngeri tu mula timbul, tambahan pula lampu dekat tempat wuduk tu berkelip-kelip.”

Selesai je berwuduk, dia terus menunaikan solat walaupun terasa seperti ada ‘benda’ memerhati dari tempat gantung telekung. Sedang dalam solat, tiba-tiba sesuatu berlaku membuatkan dia cemas.

“Saya pun solat macam biasa, tiba-tiba rasa sejuk, lepas tu meremang satu badan, tapi saya cuba tak fikir sangat sebab takut hilang khusyuk. Dah lepas rakaat pertama, tiba-tiba rasa macam bahu kena sentuh.”

Pada awalnya, wanita tersebut berfikir yang itu cuma perasaannya saja, namun berubah apabila sentuhan tu dirasanya berkali-kali. Katanya, dia kuat merasakan ‘benda’ yang menyentuhnya itu bukan manusia kerana tak terdengar bunyi pintu dibuka atau tapak kaki orang masuk.

iuy

Artikel berkaitan: “Esok pagi tengok pinggan ada cacing” – Netizen Kongsi Pengalaman Seram Makan Di ‘Restoran Mistik’

Namun, solatnya terhenti apabila satu tepukan kuat hinggap di bahunya. Dia terus toleh dan nampak seorang makcik lain yang baru masuk.

“Saya tersentak dan terus pandang ke belakang, rupanya ada seorang makcik ni baru masuk, dia tegur saya salah kiblat solat. Saya macam lega juga la sebab ingatkan ‘benda’ lain, manusia rupanya. Selesai misteri.”

Tapi, kalau itu makcik, kenapa tak ada dengar langsung dia masuk dalam surau tu…

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.