Tidak dapat dinafikan, buat foodie atau peminat makanan di luar sana pasti akan menunggu ulasan daripada pempengaruh atau pengkritik makanan.
Terbaru, food reviewer terkenal di TikTok iaitu Jason membuat ulasan untuk satu makanan yang sedang tular sekarang iaitu ais krim ‘3 phase’ dari Suka Dessert yang berharga RM 18.
Artikel berkaitan: Auntie Ja Jelaskan Kenapa Jual 3 Phase Ice Cream Mahal, Siap ‘Bedah’ Aiskrim Untuk Tunjuk Isi Dalam Kon
Artikel berkaitan: “Rasa dulu baru judge” – Ramai ‘Complain’ Satu Kon Aiskrim RM 18, Peniaga Tampil Bagi Penjelasan
@scaredtodie went back at 2pm to get gf her choc cheese in cup but still saw the 3p ice cream in stock with almost no queue 🤡 #malaysiafood #foodreview #makanlokal #jasonfoodreview #scaredtodie #klfoodie #mahalnamampuiii
Jason menerusi TikTok miliknya berkata ais krim itu tidak sepadan dengan harganya, pempengaruh itu juga menyamakan tekstur kon ais krim itu dengan biskut yang sudah ‘masuk angin’, dia kemudiannya memberikan rating 4.7 untuk manisan tersebut.
Meskipun pemmpengaruh itu meletakkan rating yang begitu rendah untuk manisan itu, Siti Hajar atau lebih dikenali sebagai Aunti Ja yang merupakan pemilik Suka Dessert tidak melatah dengan kritikan itu sebaliknya mengambilnya dari sudut positif.
@sukadessert.hq Darlings.. bukan review Jason saja Auntie Ja ambil kira. Semua komen dan feedback customer SD Auntie Ja sangat ambil berat. Maafkan Auntie Ja, mengecewakan darlings. Beri Auntie Ja peluang untuk tebus kesilapan Auntie Ja🙇🏻♀️ #ownersukadessert
“Darlings, bukan review Jason saja Auntie Ja ambil kira. Semua komen dan feedback customer SD Auntie Ja sangat ambil berat.
Maafkan Auntie Ja, mengecewakan darlings. Beri Auntie Ja peluang untuk tebus kesilapan Auntie Ja,” tulisnya di kapsyen.
Malah, Auntie Ja turut memberitahu bahawa dia akan mengembalikan semula wang pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kualiti ais krim yang dijual ketika event di The Curve, Mutiara Damansara itu.