in

“Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Kelantan”- Pengasas Bujins Batik

pmx pakai baju batik jenama bujins batik dari kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Datuk Ahmad Amzad Hashim iaitu Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah mendakwa bahawa baju batik yang digayakan oleh PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 di Parlimen adalah baju batik dari negara seberang, Indonesia.

Namun, dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu ternyata salah kerana pengasas Bujins Batik iaitu sebuah jenama batik dari Tunjung, negeri Kelantan telah tampil menegaskan bahawa batik yang dipakai oleh PMX adalah dari jenama mereka iaitu jenama tempatan.


Bujins Batik telah berkongsi di plaform media sosial mereka meluahkan rasa bangga kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memilih jenama batik dari Kelantan tersebut untuk dipakai ketika perbentangan di Parlimen itu.

bujins batik kelantan

Artikel Berkaitan: YouTuber Politik UK Kena Kecam Dengan Netizen Indonesia Gara-gara Hina Batik

Artikel Berkaitan: “This is batik Malaysia” – Rekaan Batik Dengan Lakaran Watak ‘Venom’ Curi Perhatian Ramai

Meninjau ke akaun Bujins Batik, dapat dilihat bahawa PMX telah beberapa kali memakai baju batik dari jenama Kelantan itu untuk ke acara-acara rasmi kerajaan sebelum ini.

Selain itu, barisan pemimpin Malaysia dan delegasi ASEAN turut memakai batik dari jenama tersebut ketika menghadiri mesyuarat ASEAN Finance Ministers’ and Central Bank Governor’s Meeting pada April lalu di KLCC.

Lebih membanggakan lagi, difahamkan, jenama Bujins Batik ini juga pernah memenangi Piala Sri Endon Batik 2012 dan beberapa lagi anugerah yang lain.

Difahamkan, susulan kenyataan dari pengasas jenama Bujins Batik itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah memohon maaf atas kekhilafannya mengenai isu terbabit menerusi Facebook, lapor Sinar Harian.

WhatsApp Image 2025 08 02 at 3.47.37 PM

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.