in

“Maaf pun tak”- Saksi Prihatin, Offer Rakaman Dashcam Pada Pemilik Kereta Yang Dilanggar Dekat Parking

Fi Parkir Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat prihatin dan sangat ramah. Sampai pelancong luar pun turut puji rakyat kita ni. Min bangga jadi rakyat Malaysia! Tibeh

Seperti kisah ini, apabila seorang saksi kemalangan berniat baik nak hulurkan bantuan kepada pemilik kenderaan yang dilanggar.


 

Dapat rakam melalui dashcam

Perkara ini telah tular di Facebook baru-baru ini, apabila seorang pemandu kereta menjadi saksi kepada kemalangan yang melihatkan sebuah Proton Wira melanggar Nissan X-Trail di sebuah kawasan parkir.

Tapi apa yang menarik perhatian, saksi dikenali sebagai Dan (bukan nama sebenar) meninggalkan nota kepada pemilik kereta X-Trail untuk beri rakaman dashcam keretanya menurut World Of Buzz.

Selain itu, kejadian dilaporkan berlaku di kawasan parkir Uptown Avenue Seremban, Negeri Sembilan, pada jam 7.18 malam 4 April yang lalu.

Dalam video itu, kita dapat lihat bahawa Proton Wira tersebut tidak memberi lampu isyarat ketika nak undur parkir keretanya.

Proton Wira tersebut dilihat hampir mengenai Dan sebelum dia melanggar Nissan X-Trail tersebut.

 

Tinggalkan nota dekat kereta X-Trail

Dan yang prihatin dengan situasi tersebut, telah meninggalkan nota supaya mudah pemilik X-Trail menghubunginya.

Niat baiknya terbalas, apabila pemilik kenderaan tersebut menghubunginya.

Parkir 1

Parkir 2

Memang patut jadi contoh untuk kita semua! Jangan ingat senang-senang nak lepas kalau kemalangan tu, lebih baik kita jujur. Ingat tau korang.

 

Baca : Selalu kiri kanan atas bawah semua jam- [VIDEO] Kemalangan Kereta Dengan Ambulans di Kuching, Netizen Terkejut Tiada Siapa Peduli

Ft Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.