Selepas dua tahun hampir semua pekerja di Malaysia sama ada dari sektor kerajaan ataupun swasta terpaksa bekerja dari rumah ataupun work from home (WFH) demi mengurangkan penularan wabak Covid-19.
Namun, sejak negara kita sudah pun berganjak ke arah fasa peralihan endemik, pekerja-pekerja mula dibenarkan untuk bekerja secara fizikal semula dan urusan pekerjaan juga menjadi jauh lebih mudah.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang ‘coach’ bisnes yang dikenali sebagai Puan Ainon Mohd memuat naik satu posting di akaunnya yang mengundang pelbagai reaksi dari netizen.
Dari posting tersebut, dia menyatakan bahawa majikan dari syarikat kecil yang melakukan bisnes tak seharusnya belanja staf mereka makan kerana gaji dan juga bayaran kebajikan pekerja telah dibayar.
Bukan itu saja, Puan Ainon turut mengatakan bahawa tindakan belanja staf makan akan menjejaskan duit bisnes dan sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih bijak untuk meningkatkan lagi kejayaan syarikat.
“Tapi rezeki saya makin bertambah…”
Walau bagaimanapun, ramai yang tak bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan dan menyuarakan pendapat masing-masing di bahagian komen tentang isu yang disebutkan di Facebook itu.
“Saya dapati rezeki semakin bertambah lepas belanja staff makan .. Staf saya yang tak pernah merasa makan kat hotel pun datang berterima kasih kerana diberi peluang” – Ujar netizen di bahagian komen
Tak kurang juga yang mengatakan bahawa berjimat dalam berbelanja bagi majikan tu tak salah cuma perlu tahu batas serta had wang yang digunakan agar tak tersalah guna dengan duit syarikat dan juga duit peribadi.
Alamak… Min harap isu ni takdelah makin menjadi-jadi eh. Bergantung pada majikan jugak sebenarnya kan?
Baca: “Dia manusia bukan robot” – 12 Peraturan Majikan Untuk ‘Maid’ Ini Undang Kecaman Netizen