“Maaf maaf jugak tapi pengajaran tetap kena bagi” – Menteri Indonesia Mohon Maaf Kepada Malaysia Kes Biadap di Stadium

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ekoran insiden kekecohan yang berlaku ketika aksi Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi telah memohon maaf. 

Menurut Astro AWANI, permohonan tersebut dikemukakan oleh Imam secara peribadi kepada Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu pertemuan di Jakarta hari ini.

Sumber: Antara News

 

Indonesia akan kirim surat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia 

Menerusi agensi berita ANTARA, Imam Nahrawi berharap agar permohonannya akan mengendurkan kembali ketegangan yang berlaku sebelum ini antara dua negara.

Kehadiran saya untuk menyampaikan langsung permohonan maaf atas nama masyarakat dan pemerintah Indonesia atas peristiwa tidak mengenakkan atas kekecohan yang dicetuskan oleh penyokong (Indonesia) seperti yang kita sama-sama lihat semalam,” kata Imam Nahrawi.

Selain daripada pertemuan empat mata ini, Imam juga berkata kerajan Indonesia akan kirim surat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia sebelum pasukan negara tu bertandang ke Kuala Lumpur pada November ini.

 

Syed Saddiq harap pelaku kekecohan dikenakan tindakan tegas 

Dalam pada itu, Syed Saddiq menyambut baik permohonan maaf yang dikemukakan oleh Imam Nahrawi.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap pelaku kekecohan tersebut bakal dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Kami ucapkan terima kasih atas pendirian tegas Pak Imam (Nahrawi) untuk pastikan bahawa akan berlaku keadilan pada masa depan.

“Bahkan beliau (Imam) juga sudah berhubung dengan pihak polis untuk memastikan tindakan tegas akan diambil..

“Kita sahabat serumpun. Kita akan pastikan bahwa silaturahim akan terjaga walaupun tindakan tegas akan diambil, tapi kita tetap bersama dalam menyelesaikan ini,” kata Syed Saddiq.

Meskipun hal ini sudah diselesaikan antara dua negara, rata-rata netizen di Malaysia masih agak sukar menerima kemaafan dan berharap kes seperti ini benar-benar tidak akan berulang lagi.

Sumber: Facebook

Kita doakan yang terbaik buat dua negara ini. 

Baca: “Saya berjanji akan menuntut keadilan” – Bro Saddiq Kongsikan Pengalaman Diserang Penyokong Indonesia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!