in

“Maaf ibu, saya nakal” – Virgoun Dakwa Ambil Syabu Untuk Kurus

Syaz Ft 2024 06 26T133308.254

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini nama penyanyi Indonesia ini disebut-sebut kerana mencurangi isterinya dengan pelacur, kini dia menjadi perhatian kerana kantoi menggunakan dadah.

Penyanyi yang dimaksudkan ialah Virgoun yang terkenal dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla, dia baru-baru ini dicekup pihak berkuasa di sebuah apartmen bersama seorang wanita dan positif dadah jenis syabu.


Artikel berkaitan: Rumah Tangga Hancur Sebab Zina, Virgoun Ditahan Polis Kerana Dadah Pula

Artikel berkaitan: Inara Dedah Tak Pandai Melawa & Berpurdah Jadi Punca Virgoun Curang

Menurut laporan Astro AWANI, pihak polis Jakarta Barat memberitahu Virgoun atau nama sebenarnya Muhammad Virgoun Putra Tambunan mengambil dadah kerana ingin menguruskan badan.

51719305756 Virgoun

Pihak berkuasa juga mendedahkan Virgoun mengaku pernah mengambil dadah pada tahun 2012 namun sempat berhenti.

Dalam pada itu, pihak polis juga mendedahkan siapakah wanita yang ditahan bersama penyanyi itu di mana dia bukanlah kekasih atau skandal baharu penyanyi tersebut, sebaliknya wanita itu adalah pembantu Virgoun.

“Kalau wanita itu adalah pembantu Virgoun. Dia pula ambil dadah untuk memberi tenaga kekal cergas bekerja,” katanya.

Sebagai info, penyanyi itu ditangkap bersama barang bukti iaitu syabu dan alat menghisap dadah tersebut. Difahamkan, dia membeli dadah dengan harga RM260 untuk satu gram.

“Maaf ibu, saya nakal, saya juga minta maaf kepada semua, semoga ini yang pertama dan terakhir,” katanya lagi.

Virgoun sempat meminta maaf kepada ibunya dengan mengatakan dirinya nakal, selain meminta maaf kepada anak serta semua pihak yang mengenali dirinya.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.