in

“Maaf atas kecuaian guru tersebut” – JPN Siasat Cikgu Reka Poster Merdeka Guna Gambar Tentera China

Syaz Ft 2024 08 19T155036.708

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, tular di media sosial poster pertandingan buku skrap bulan kemerdekaan di sebuah sekolah di Pulau Pinang, ia menjadi tular kerana di dalam poster tersebut terdapat gambar tentera China yang sememangnya tiada kena-mengena dengan Malaysia.

Poster berkenaan menimbulkan kemarahan ramai pihak malah ada yang mempersoalkan mengapa tiada siapa yang memeriksa rekaan poster tersebut sebelum diedarkan kepada umum.


Artikel berkaitan: Guru Menangis Terharu, Dapat Hadiah Mempelam Dari Anak Murid Sewaktu Majlis Perpisahan

Artikel berkaitan: “Kita ramai graphic designer berbakat” –  Altimet Gesa Badan Kerajaan Henti Guna AI Dalam Poster

Cats 21

Terbaru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung tindakan guru sekolah menengah tersebut yang bertanggungjawab atas poster tersebut.

Pengarah JPN negeri, Datuk Abdul Said Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia telah menyinggung dan mengguris hati banyak pihak.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf atas kecuaian guru terbabit yang tidak peka dengan menggunakan gambar templat yang diambil daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan.

“Laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT) berhubung perkara ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kita kesal atas kecuaian yang telah berlaku dan amat berharap semua pihak bersabar dan beri ruang kepada PPD dan JPN untuk jalankan siasatan. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Difahamkan, guru itu didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu dalam poster tersebut dan permohonan maaf telah dibuat olehnya pada Khamis lalu, manakala poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan telah digantikan dengan poster lain.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.