Beberapa minggu lalu, tular satu kejadian melibatkan pihak pengurusan masjid di Selangor yang bertindak memandikan seorang remaja seperti memandi jenazah.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas remaja tersebut ditangkap cuba untuk mencuri tabung masjid oleh pihak pengurusan masjid.
Sudah berdamai dengan pihak masjid
Terkini, remaja yang dimandikan seperti jenazah, Daniel Iskandar dilaporkan sudah berdamai dengan pihak Masjid Al-Islahiah Kuang, Sungai Buloh dalam satu acara rundingan bersama pihak yang terlibat.
Sesi perdamaian tersebut sudah mencapai kata sepakat agar kedua-dua belah pihak bermaaf-maafan dan bersetuju untuk tidak mengungkit semula apa jua perkara yang berlaku sebelum ini.
https://www.facebook.com/UtusanOnline/videos/480698130092637
Rundingan damai tersebut dilakukan di Masjid Al-Islahiah Kuang itu sendiri bersama kedua-dua pihak dan pengamal media. Untuk rekod, sesi rundingan damai tersebut turut disiarkan secara langsung oleh Utusan Online menerusi Facebook.
https://www.facebook.com/UtusanOnline/videos/330674542128299/
Setiap manusia layak diberikan peluang kedua, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kedua-dua belah pihak dan kita semua agar menjadi lebih baik pada masa akan datang.
BACA: Remaja Dikafan AJK Masjid Gara-Gara Curi Tabung Masjid, Siap Diminta Ambil Wuduk Dulu