in

Lumur Darah Period Pada Muka Untuk Kekal Muda, Tips Kecantikkan Wanita Ini Bikin Netizen Muntah Hijau

pamali pontianak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, bermacam-macam jenis produk penjagaan muka ada dijual di pasaran sampaikan kita konfius tak tahu nak pilih yang mana satu. Ada juga mereka yang memilih menggunakan petua kecantikkan sendiri yang ada kalanya hanya menggunakan produk harian seperti kopi dan madu.

0 Screenshot 2022 10 06 at 134449 2 e1665201500455

Seorang wanita dari Costa Rica ini juga tidak terkecuali daripada mempunyai petua kecantikkannya sendiri dengan menggunakan satu bahan yang memang lain daripada lain. P/S: Kalau korang tengah makan tu, baik habiskan makan dulu baru sambung baca artikel ni tau.


Menerusi akaun TikToknya, Derya, 23, berkongsi dia mengamalkan menyapu darah period pada wajahnya bagi mengekalkan keremajaan. Yup, you guys baca betul. Darah period!

Daily Star melaporkan, wanita yang memiliki sebuah pusat pemulihan itu ada memuat naik satu video yang memaparkan dirinya mencelup jarinya ke dalam menstrual cup sebelum mula melumurkan cecair berwarna merah difahamkan adalah darah period ke mukanya.

0 Screenshot 2022 10 06 at 134523 2 e1665201630207

“Ini adalah tanda permulaan anda patut mencuba tips kecantikkan ini,” tulis Derya dalam satu kapsyen videonya.

“Sebab ini darah saya dan ia sangat baik untuk muka” – Derya

Meninjau ke ruangan komen, video perkongsian Derya itu meraih pelbagai reaksi yang kebanyakkannya negatif. Rata-ratanya terkejut dan ada juga yang menduga ia mungkin gimik untuk meraih populariti segera.

“Darah period tu berbau tau. Macam manalah dia boleh rilek je sapu kat muka?” komen netizen.

“Tolonglah kata ni hanya gimik je. Jijik weh!” kata yang lain pula.

Walau bagaimanapun, tips kecantikkan Derya ini juga mempunyai peminat yang tersendiri. Ada yang mendakwa penggunaan darah period pada kulit adalah lebih baik daripada menggunakan bahan kecantikkan yang dijual dipasaran.

Sumber: Daily Star

Baca: “Tak ada kena mengena” – Kononnya Tapai Jadi Merah Kerana Dibungkus Wanita ‘Period’, Netizen Jelaskan Hal Sebenar

period jangan buat tapai e1665199596966

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.