Sejak dari serangan yang berlaku pada 7 Oktober lepas, tidak putus-putus kita dengar pelbagai berita duka mengenai rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, ahli keluarga, rakan dan kekurangan sumber makanan.
Terbaru semalam, tular kisah seorang bapa Mohammed Abu Al-Qomsan, yang telah kehilangan tiga orang ahli keluarga dalam serangan yang didalangi Israel di rumah mereka dekat Deir al-Balah, Gaza.
Menurut perkongsian Gaza Notification di X, bayi kembar, Asser dan Aysel yang berusia 4 hari itu telah maut bersama ibu mereka, Jumana Farid Abu Al-Qomsan ketika Mohammed Abu keluar untuk mengambil sijil lahir anak kembar itu.
Menerusi video yang tular, Muhammad Abu dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapat berita yang menimpa keluarganya itu.
Bapa kepada bayi kembar itu juga terpaksa dipegang dan ditenangkan orang ramai kerana meronta-ronta akibat terlalu sedih dengan apa yang berlaku.
Asser and Aysel. Just 4 days old. Their mother, Jumana, was a mother for only 4 days. Today, all three of their lives ended.
When their father, Mohammed Abu Al-Qomsan, went to obtain birth certificates for the newborn twins, Israel launched an attack on their home in Deir… pic.twitter.com/ICQ6PUOTyP
— Gaza Notifications (@gazanotice) August 13, 2024
Sehingga setakat ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sebanyak 39,929 orang telah terbunuh, manakala 92,240 orang lagi tercedera semenjak serangan 7 Oktober lalu.
Apa-apapun marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al Fatihah buat mereka yang syahid dalam serangan ini dan semoga bapa kepada anak kembar itu tabah dengan dugaan yang menimpa.
Sumber: Maktoob Media, X