in

“Luggage terus dia letak” – Selamba Buang Sampah Depan Rumah Jiran, Netizen Pelik Sikap Individu

jiran buang sampah depan rumah jiran lain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, mendapat jiran yang baik merupakan satu rahmat dari Tuhan. Namun bayangkan kalau korang dapat jiran yang mempunyai sikap buruk pula.

Inilah yang dialami oleh seorang pengguna media sosial yang mendedahkan video jiran sebelah rumahnya dilihat membuang sampah di hadapan rumah.


Menerusi video tersebut, dapat dilihat jiran berkenaan dengan selamba mengangkat sebuah bagasi berwarna hitam dan meletakkan ia di hadapan rumah mangsa.

snip 1 side

Memula dulu sampah sikit. Sekarang luggage terus dia letak,” tulisnya.

Meskipun ada yang bersangka baik mungkin jiran berkenaan ingin memulangkan bagasi atau barang yang dipinjam kepada pemilik video, kenyataan itu disangkal individu tersebut yang menunjukkan isi bagasi itu yang mengandungi sampah semata-mata.

Pemilik video kemudian dilihat mengangkat bagasi tersebut dan meletakkan ia di hadapan rumah jirannya kembali.

“Rumah dia nak bersih tapi sampah buang dekat rumah aku” 

Video ini telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang juga berkongsi pengalaman berhadapan dengan jiran yang bersikap mementingkan diri sendiri.

buang

Semoga kita semua menjadi jiran yang bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.