Polis Indonesia menahan selebriti Lucinta Luna dan ‘teman lelakinya’ selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Mereka kantoi selepas ujian saringan air kencing sewaktu mereka ditahan di kediamannya di Thamrin City, Jakarta Pusat, lapor Harian Metro.

Namun part yang paling best ialah polis keliru dengan penahanan Lucinta Luna atau nama asalnya Muhammad Fatah sebab tak tahu nak tempatkan selebriti itu dalam lokap lelaki atau wanita.
Bukan itu sahaja, polis juga mengesahkan yang ‘teman lelaki’ Lucinta iaitu Abash sebenarnya adalah perempuan yang bernama Diah Ayu Ashari.

Media melaporkan yang Lucinta,30 dipercayai mengambil kokain malam polis juga merampas bahan bukti di lokasi kejadian.
Selain Lucinta, polis turut menahan tiga individu lain termasuk Abash.