in

LRT rosak mungkin berlaku disebabkan masalah pengurusan – Bekas CEO Prasarana

F2 Lrt Tren Rsk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, kecoh di pelbagai platform media sosial apabila perkhidmatan LRT mengeluarkan kenyataan bahawa 16 stesen di laluan Kelana Jaya akan tergendala selama tujuh hari iaitu hingga 15 November ini.

8 2

Buat masa ini, siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak RapidKL dan Prasarana untuk mengetahui punca sebenar gangguan perkhidmatan itu.


9

Namun, bekas CEO Prasarana iaitu Dato Ridza Abdoh Salleh telah berkongsi pandangannya mengenai masalah tren LRT tersebut menerusi akaun Linkedin baru-baru ini.

5

Dalam perkongsian Linkedin berkenaan, beliau telah mengatakan bahawa dari pengalamannya yang pernah menguruskan operasi tren berkenaan sebagai pihak pengurusan atasan dari tahun 1998 hingga 2006, masalah gangguan perkhidmatan LRT selama tujuh hari itu berkemungkinan berlaku akibat isu pengurusan yang telah dilonggokkan selama bertahun-tahun.

Saya juga tidak menolak kemungkinan jika ada unsur sabotaj,” katanya.

Dalam perkongsian yang lain pula, bekas Ketua Pegawai Eksekutif itu juga berkongsikan solusi yang perlu diambil buat masa ini bagi menyelesaikan krisis tren LRT.

6

Dato Ridza juga sedia membantu dengan percuma sekiranya kepakarannya diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah LRT berkenaan.

Sumber: Linkedin Dato Ridza Abdoh 

Baca: “Tidak pernah berlaku sebelum ini”- Prasarana Masih Siasat Punca Gangguan Perkhidmatan LRT

4 3

Sumber: Soya Cincau
Sumber: Linkedin
Sumber: Linkedin
Sumber: Linkedin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.