Apa-apa makanan yang berwarna merah, memang boleh buka selera kita kan? Skittles, kek red velvet, agar-agar, ish macam-macamlah. Kalau terbayang memang boleh buat terliur beb!
Tapi, korang pernah tak terfikir, dari mana datang pewarna merah ni? Dari bunga ros ke? Atau dari tumbuhan lain yang berwarna merah?
Bukan gais… Seorang wanita di Twitter telah mendedahkan, pewarna merah yang kita atau pengeluar selalu letak dalam makanan tu sebenarnya datang dari kumbang! Bukan setakat makanan, lipstick yang korang dok calit hari-hari pun dapat warna dari kumbang ni tau.
Kalau korang nak tahu, kumbang ni nama dia cochineal, kalau korang ternampak kumbang ni dan cuba bunuh dengan memicitnya, ia akan keluarkan cecair berwarna merah. Ha, cecair ni lah yang dorang gunakan dalam makanan atau kosmetik.
Nanti korang check pewarna merah yang dekat dapur korang tu, mesti ada tulis cochineal kan? Pernah ke korang terfikir sebenarnya benda tu nama kumbang? Tapi, persoalan paling besar sekali, boleh ke makan?
JANGAN RISAU! Untuk umat Islam, korang boleh je makan makanan atau guna produk yang menggunakan cochineal ni.
Menurut Mufti Wilayah, Cochineal ni adalah serangga yang darahnya tak mengalir. Zat perwarna yang dihasilkan boleh digunakan oleh manusia.
Dalam fiqh, serangga jenis macam ni adalah suci dan tak membahayakan.
Haa, harini korang belajar benda baru dan mungkin lepasni setiap kali korang nak makan makanan warna merah korang akan terbayang kumbang. Tapi yang penting, halal ok you gaisss?