in

“Loser” – Nama Janna Nick Tiba-tiba Trending, Dikatakan Bertikam Lidah Dengan Netizen Lepas Komen Isu #ThePurge di US?

Jannapurge

Semalam, negara Uncle Sam, Amerika Syarikat (AS) melalui detik-detik hitam dalam sejarahnya apabila bangunan Capitol yang menjadi pejabat kepada ahli Kongres AS telah diserang oleh penyokong Presiden Donald Trump.

Insiden rusuhan keganasan yang dilakukan oleh penyokong Trump ini katanya berpunca daripada bantahan kemenangan Joe Biden terhadap pilihan raya negara tersebut.

Ere Eirvkaa3X U

Susulan insiden tersebut, bibit-bibit hitam yang berlaku kepada AS ini telah dikaitkan dengan filem The Purge yang kononnya dikatakan hampir menyamai situasi yang berlaku sekarang di negara tersebut.

Bagi yang tak tahu filem The Purge ni pasal apa, ia mengisahkan keadaan Amerika Syarikat pada suatu masa akan datang di mana berlaku terlalu banyak jenayah sehingga menyebabkan penjara terlalu penuh. Oleh hal itu, kerajaan kemudian membuat undang-undang pada setiap tahun, semua jenayah dihalalkan dalam tempoh 12 jam. Erkkk ngeri! 

Ppppppp

 

“Inilah impak sebuah filem berikan kepada orang awam” – Janna

Disebabkan filem tersebut kembali trending di Twitter, Janna Nick yang cakna dengan isu dunia kemudian meninggalkan komen yang bersetuju dengan tindakan Lembaga Penapisan Negara (FINAS) dalam meletakkan undang-undang dalam industri perfileman.

Menurut Janna, filem seperti The Purge mempunyai impak buruk kepada orang awam sebagai contoh di AS yang bertindak sesuka hati dalam melakukan jenayah hingga menceroboh Capitol semalam. 

https://twitter.com/jannanick95/status/1347063838600884224

 

“Tak ada kena mengena dengan undang-undang filem”

Walau bagaimanapun, pandangan Janna mengenai isu The Purge tersebut mendapat kritikan netizen yang berpendapat apa saja yang berlaku di AS tidak berkaitan langsung dengan filem atau undang-undang filem.

Walhal apa yang berlaku di AS itu adalah disebabkan nilai keganasan dan sikap rasis yang kian bertunjang di dalam diri rakyat negara tersebut. Malah menurut netizen juga, disebabkan undang-undang yang ‘ketat’ inilah filem kita tidak boleh berkembang dan kreativiti pembuat filem menjadi tumpul.

Gitewy

 

“Loser” 

Tidak begitu bersetuju dengan kata-kata netizen, Janna dilihat bertikam lidah dengan seorang netizen dan kemudian perbincangan tersebut diakhiri dengan perkataan ‘loser’. Alamak apa yang dah jadi ni?? 

Whoop2

Walau bagaimanapun, mujurlah Janna akhirnya agak bertenang sikit dan mengatakan yang dia menerima segala kritikan membina yang diberikan oleh netizen.

https://twitter.com/jannanick95/status/1347232658909106176

Phew… jangan gaduh-gaduh ye. Seram min tengok Janna marah. 

Baca: “Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan” – Janna Nick Mengaku Buat Silap, Tak Tahu Ayat Itu Kurang Manis

Janna Nickk

Sumber: Twitter
Sumber: Hungama
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter