Sebuah kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan telah berlaku di Kampung Bukit Akil, Jalan Kuala Krai-Gua Musang semalam.
Memetik laporan Berita Harian, kemalangan tersebut telah menyebabkan pemandu lori tersebut maut akibat tersepit manakala isterinya pula mengalami kecederaan selepas mangsa tercampak keluar dari lori.
Difahamkan, kejadian kemalangan itu berlaku apabila lori yang dipandu oleh mangsa lelaki itu terbabas dan kemudiannya terjatuh ke dalam gaung.
Menurut Superintendan Mazlan Mamat iaitu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, mangsa, 48 tahun telah memandu lori berkenaan dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Artikel berkaitan: Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Kemalangan Lepas Rempuh Tembok Batu
Artikel Berkaitan: Pelajar Tahun 2 Dilangg*r Depan Sekolah, Alami Retak Belakang Kepala & Cedera Pada Tubuh
Pemandu berkenaan yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu oleh pihak penyelamat.
Manakala isterinya, 39 tahun yang mengalami kecederaan pula dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan.
Sumber: Berita Harian