Seorang penunggang motosikal dilaporkan maut apabila motor yang ditunggangnya dilanggar oleh sebuah lori tiba-tiba bergerak secara mengundur di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
Memetik laporan Harian Metro, lori tersebut berada di dalam kawasan pembinaan dan difahamkan, pada ketika itu, lori itu sedang diisi minyak brek.
Namun, secara tiba-tiba, lori berkenaan bergerak mengundur dengan sendiri.
Lori tersebut kemudiannya melanggar pintu pagar keselamatan kawasan pembinaan itu lalu mengundur keluar ke jalan utama sekali gus melanggar penunggang motosikal itu.
Penunggang motosikal maut apabila sebuah lori yg sedang mengisi minyak brek mengundur secara tiba-tiba di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, smlm.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) KL, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan kejadian tersebut.@BuletinTV3 pic.twitter.com/riPxCML7KT
— Mas Zharif Zhafri Aziz Desa (@ZharifNewsMPB) November 23, 2024
Artikel berkaitan: “Mummy! Sakit sangat!” – Mangsa Dihempap Dengan Kontena Sempat ‘Call’ Ibu Sebelum Maut
Artikel berkaitan: Ajal Di Lampu Isyarat, Wanita Maut Kereta Dihempap Kontena Terbalik
Mangsa iaitu penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kejadian itu turut mengakibatkan seorang lagi pemandu kereta cedera.
Difahamkan, pemandu lori berkenaan juga kemudiannya telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.
Sebelum ini, tular di media sosial video rakaman kejadian kemalangan itu.
Sumber: Harian Metro