Baru-baru ini, media sosial gempar dengan tularnya satu video yang menampilkan satu tulisan menyerupai kalimah Allah di bawah tapak kasut jenama tempatan.
Untuk mengelakkan sebarang salah faham, pengurusan Vern’s Holding Sdn Bhd telah memohon maaf dan tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.
Menurut Vern’s, logo tersebut adalah loga kasut bersama talinya dan bukanlah seperti apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.
“Kami pihak pengurusan Vern’s telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam.
“Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.
“Kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.
“Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak,” kata Verns.

Artikel berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah: KK Supermart Saman Syarikat Pembekal RM38 Juta
Artikel berkaitan: Selepas Diserbu, Kilang Edar Stoking Tulisan Kalimah Allah Tutup Operasi
Malah, Vern’s juga berjanji akan menghentikan penjualan kasut tersebut dengan segera dan bersedia untuk memulangkan wang kepada pelanggan.
“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafansemua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.
“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.”
Sumber: Berita Harian