Setiap hari mesti ada je kan cerita-cerita viral yang berlaku di Malaysia sampai kadang-kadang susah betul nak keep up.
Tapi pada masa yang sama mesti korang pun nak tahu apa isu-isu semasa yang tengah berlaku sekarang kan?
Jadi macam biasa, #LobakMerahTop5 akan senaraikan berita-berita hangat, sensasi dan viral yang berlaku pada minggu ini supaya korang sentiasa up-to-date dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia. Joms
1. Hafidz Roshdi Bikin Netizen Panas Throwback Zaman Bercinta Dengan Athira Sejak Zaman Sekolah?
Macam yang korang semua tahu, Hafidz Roshdi telah pun menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hatinya Athira Yuhada minggu lepas di Shah Alam.
Ekoran ini, pelakon kontroversi ini telah memuat naik video di Instagram berkongsikan gambar-gambar throwback dia dan Athira yang dikatakan telah berkenalan sejak di bangku sekolah lagi.
Tindakan Hafidz memuat naik momen-momen indah bersama isteri barunya ini sejak zaman persekolahan malangnya telah membuatkan ramai netizen meluat dan meluahkan perasaan di platform X.
Rata-ratanya menganggap tindakan Hafidz memuat naik video throwback ini sebagai keterlaluan dan tidak menghormati perasaan bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Artikel berkaitan: “Geramnya!” – Hafidz Roshdi Muat Naik Video Perkenalan Dari Sekolah Dengan Athira, Tapi Respon Netizen…
2. Kes Pegawai Polis Langgar Pelajar Sekolah
Minggu lepas, kecoh di media sosial selepas tular beberapa video menunjukkan seorang pelajar sekolah tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie meninggal dunia selepas didakwa dilanggar oleh seorang pegawai polis.
Ekoran ini, pegawai polis berkenaan telah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh pelajar dalam kes langgar lari pada 15 Disember lalu.
Menurut laporan, tiada sebarang pengakuan direkodkan di depan Majistret S Punitha kerana kes bunuh tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tak cukup dengan itu, tular di media sosial sebuah laporan polis yang mendakwa pegawai polis yang sama ini juga pernah menumbuk perut dan menolak badan mangsa ke mesin jahit berkali-kali malah adik dan bapa mangsa juga turut dipukul kerana cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Kes tersebut difahamkan berlaku di Kelantan dan dakwa sumber, kes berkenaan telah ditutup oleh pihak-pihak tertentu. Alamak betul ke ni?
Artikel berkaitan: Bukan Kes Pertama, Pegawai Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil Di Kedai Pakaian?
3. Wanita Ditemui Dibunuh Di Dalam Kereta
Baru-baru ini, seorang wanita yang juga penyanyi tempatan dilaporkan telah maut ditikam seorang lelaki di Klang.
Mangsa dikatakan sempat makan tengahari bersama suspek di sebuah restoran sebelum dia ditikam beberapa kali menggunakan pisau di kawasan parkir sebuah restoran dekat Jalan Bayu Tinggi 5.
Lelaki yang berusia 44 tahun itu kemudian memasukkan mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah ke dalam kereta, sebelum memandu pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar.
Apabila menyedari mangsa tidak lagi bernyawa, suspek pula bertindak menikam badannya sendiri sebelum ditahan polis.
Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian.
Artikel berkaitan: Kes Bunuh Penyanyi Di Klang, Pengadu Sempat Rakam Kejadian Ketika ‘Call’Polis
4. Aeril Zafril & Wawa Zainal Beri Zakat RM1 Juta Dituduh Riak?
Pasangan selebriti terkenal yang juga merupakan seorang usahawan, Aeril Zafril dan Wawa Zainal telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Menurut Aeril, dia berharap zakatnya ini dapat membantu orang-orang yang memerlukan melalui LZS dan bersyukur dapat melaksanakan tanggungjawabnya selepas perniagaan mereka mendapat keuntungan sepanjang tahun.
Namun begitu, tindakan pasangan ini telah mendapat segelintir kritikan dari netizen yang menuduh mereka riak dan menunjuk-nunjuk kekayaannya.
Susulan ini, pendakwah selebriti PU Amin telah meninggalkan komen di posting tersebut dengan mengatakan bahawa zakat merupakan ibadah yang perlu diuar-uarkan.
Artikel berkaitan: Aeril & Wawa Dituduh Riak Tunjuk Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta, Ini Respon PU Amin
5. Mayat Bertelekung Ditemui Tergantung Di LRT Klang
Sangat kecoh di media sosial apabila tular gambar penduduk setempat menemui mayat bertelekung tergantung di LRT yang masih dalam pembinaan di Taman Sri Andalas, Klang.
Menurut sumber, mayat ini telah ditemui ketika seorang penduduk dalam perjalanan untuk pergi kerja pada waktu subuh sebelum pihak berkuasa dihubungi.
Namun begitu, sehingga sekarang masih belum ada maklumat lanjut mengenai penemuat mayat ini.
Artikel berkaitan: Polis Siasat Penemuan Mayat Bertelekung Di LRT Dalam Pembinaan Di Klang