in

“Lama teringin nak jejak situ” – Lelaki Bongkar ‘Pulau Misteri’ Di Sebelah Jambatan Pulau Pinang

pulau kezambo 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak misteri di sekeliling kita yang menanti untuk dibongkar, salah satunya ialah kewujudan sebuah pulau kecil yang dapat dilihat jika anda memandu di atas Jambatan Pulau Pinang.

Jika anda sering memandu ke utara tanah air, pasti anda akan melalui Jambatan Pulau Pinang dan di sebelah jambatan tersebut kelihatan pulau itu, ramai yang tertanya-tanya apakah yang ada di pulau kecil tersebut.


Dalam perkongsian di laman TikTok @jolzerol, lelaki tersebut ‘membawa’ netizen meneroka pantai tersebut dan ramai yang teruja dengan apa yang ada di situ.

@jolzerol

Replying to @sha977777777 Merungkai MISTERI Pulau Kazambo Tepi Jambatan Penang Menjawab persoalan apa yang ada di pulau ini. #penang #hiddengems #fypシ

♬ original sound – Jol Zerol ? – Jol Zerol ???

Persoalan itu akhirnya terjawab, kelihatan beberapa ekor anjing yang ‘menyambut’ sesiapa yang datang ke situ tetapi tidak mengganggu.

Malah, terdapat juga hidupan laut yang rare di pulau tersebut, menurut perkongsian pemilik video itu, oleh kerana terdapat banyak hidupan laut di situ, pihak kerajaan ingin mewartakan pulau tersebut sebagai kawasan perlindungan marin.

“Kalau nak datang ke sini tiada bot khas disediakan, kami ikut kawan-kawan,” katanya.

Finally, dapat juga tengok apa ada kat situ” 

Ramai netizen yang teruja dengan perkara tersebut, menjengah ke ruangan komen, ada juga beberapa komen daripada penduduk sekitar memberitahu pulau itu dikenali sebagai Pulau Kezambo dan pulau itu terjadi akibat penambakan laut.

cats 33

Kalau korang sampai sini, jaga kebersihan dan jangan rosakkan ekosistem ok?

Baca: Banglo ‘Misteri’ Di Bukit Gasing Akhirnya Dibeli Dengan Harga RM 4.4 Juta

Sg House Dijual

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.