in

LKIM Salur Bantuan Lebih RM93 Ribu, Ringankan Beban Nelayan Terjejas Ribut di Negeri Sembilan

ft lkim bantuan nelayan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menzahirkan komitmen berterusan dalam menjaga kebajikan komuniti nelayan dengan menyalurkan bantuan berjumlah RM93,600 kepada 49 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang dan PNK Port Dickson.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, memaklumkan bahawa agihan bantuan tersebut bertujuan meringankan beban nelayan yang ditimpa musibah, khususnya mangsa fenomena ribut Senyar yang melanda pada 27 November lalu.


615248313 1414765106682867 4433832529549627655 n

“Setiap nelayan menerima anggaran bantuan antara RM500 hingga RM10,000 bergantung kepada tahap kerugian. Selain itu, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) turut menyumbang sebanyak RM15,500 khusus untuk mangsa ribut tersebut” – Faiz Fadzil

Daripada 49 penerima tersebut, seramai 32 nelayan merupakan mangsa langsung kejadian ribut Senyar. Selebihnya adalah penerima bantuan kebajikan yang melibatkan kes:

  • Kematian dan kemalangan (darat serta laut).
  • Kerosakan kediaman.
  • Kerosakan peralatan menangkap ikan dan vesel.

Program penyerahan Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan LKIM telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

615291433 1414765283349516 5736538233149082071 n

Bagi memastikan kelangsungan hidup nelayan setempat, Muhammad Faiz turut berkongsi unjuran bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) bagi tahun ini.

Sebanyak RM1,008,000 dijangka akan disalurkan kepada 280 nelayan berdaftar, merangkumi 216 nelayan dari PNK Port Dickson dan 64 nelayan dari PNK Telok Kemang. Angka ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu yang mencatatkan jumlah RM1,004,400.

Artikel berkaitan : Sektor Perikanan Malaysia Catat Pertumbuhan, Sumbang RM11.8 Bilion kepada KDNK

Artikel berkaitan : ⁠Nelayan Di Negeri Sembilan Dinasihati Tidak Mengutip Kerang Di Perairan Port Dickson Buat Sementara Waktu

Dalam majlis yang sama, Datuk Seri Aminuddin Harun berharap bantuan ini dapat menjadi pemangkin buat masyarakat nelayan untuk kembali bangkit memulakan operasi selepas terjejas akibat bencana alam.

LKIM turut menasihatkan para nelayan agar sentiasa proaktif dan segera melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan akibat bencana kepada persatuan nelayan masing-masing atau terus kepada LKIM. Tegas Muhammad Faiz, laporan yang pantas membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih cepat dan berkesan.

Sumber : Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.