in

Litar Sepang Menjadi Sebutan Peminat Formula 1 Di Platform X, Rupa-Rupanya…

ft litar sepang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mula menyertai kalendar sukan permotoran Formula 1 (F1) pada tahun 1999 dan telah menganjurkan kejohanan berprestij tersebut selama 19 tahun sebelum membuat keputusan untuk tidak lagi menganjurkan perlumbaan tersebut pada tahun 2017.

Difahamkan, keputusan tersebut dilakukan secara bersama oleh F1 dan juga pihak SIC.


Litar sepanjang 5.543 kilometer ini sememangnya digemari para pelumba baik motosikal mahupun kereta kerana mempunyai susun atur litar yang bermula dengan laluan lurus di hadapan kawasan pit dan memasuki selekoh pertama yang panjang dan rata-rata pelumba perlu menggunakan gear yang rendah.

1200px Sepang tribune

Selain itu, SIC juga mempunyai 15 selekoh pelbagai kelajuan dan juga 8 laluan lurus yang pastinya sering digunakan oleh pelumba untuk memotong atau menjarakkan kedudukan daripada pelumba di belakang.

Menurut rekod, ketika ini terdapat 4 perlumbaan utama yang menggunakan SIC termasuklah Moto GP, GT World Challenge Asia, Asian Le Mans Series dan juga Sepang 12 Hours.

Artikel berkaitan : Nombor Ikonik 46 Akan ‘Dilenyapkan’ Selepas Valentino Rossi Bersara!

Artikel berkaitan : “Miracle!” – Terselamat Dari Maut! Kereta F1 Terbelah Dua, Tapi Pemandu Hanya Alami Kecederaan Ringan

Manakala, kejohanan yang pernah menggunakan SIC sebagai salah sebuah litar dalam kalendar mereka termasuklah Formula One, WTCR Race, World SBK, FIM EWC dan juga Super GT.

Pun begitu, baru-baru ini terdapat ura-ura yang mengatakan SIC bakal membuat penampilan semula dalam kejohanan F1 dan pastinya perkara tersebut membuatkan ramai peminat sukan permotoran itu teruja.

Tidak terhenti di situ, sebuah akaun dunia permotoran di X baru-baru ini ada meminta pengikut mereka untuk memilih salah satu daripada litar untuk dimasukkan semula dalam kalendar F1, antaranya SIC, Kyalami (Afrika Selatan) dan juga litar lumba Istanbul (Turkiye).

Screenshot 2023 12 21 111616 vert

Menerusi jawapan yang diterima melalui ‘poll‘ tersebut rata-rata peminat termasuklah bekas pelumba F1, Romain Gorsjean yang mahukan Litar Antarabangsa Sepang dimasukkan semula dan menyifatkan litar tersebut sebagai menakjubkan.

Menurut jawapan netizen, Sepang menjanjikan perlumbaan yang diluar jangka kerana ada faktor cuaca yang mana ianya panas dan ada kalanya tidak menentu selain ianya akan menjadi sesuatu yang mencabar buat pasukan dan juga pemandu.

Sumber : X

Sumber: F1
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.