Mungkin dulu ramai yang menganggap DAP sebagai parti anti Islam. Namun selepas satu kejadian yang berlaku baru-baru ni, pandangan korang mungkin berubah.
Dalam satu sidang media yang berlangsung di Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menarik perhatian media lepas beliau hentikan sidang media seketika demi beri laluan kepada azan yang berkumandang, lapor mStar.
Sidang media yang diadakan pada lewat tengah hari Selasa lepas dikatakan berlangsung semasa masuknya waktu solat Zohor.
Tunggu, kita tunggu dulu sampai habis azan,” kata Lim kepada pemberita sebelum sidang media tersebut senyap sekejap bagi hormati azan.
Susulan daripada kejadian tu, pegawai media Lim, Rahmah Ghazali menerusi posting Facebook berkata, sidang media tersebut diadakan sedikit lewat tapi kebetulan pula pada masa tu surau yang berdekatan ada tazkirah jadi mereka menggunakan pembesar suara.
“Sidang media kali ni lewat sikit dan kebetulan azan Zohor berkumandang ketika beliau memberikan kenyataan media (sebab surau ada tazkirah hari ni jadi mereka guna pembesar suara).
“Aku yang dalam bilik tu dah panik… terus berlari keluar beritahu pengawal kalau boleh perlahankan sedikit suara azan tu.
“Lepas masuk balik bilik sidang media, semua orang, termasuk Lim Guan Eng, tengah senyap tanda menghormati azan. Aku terus terkedu. Aku yang dikatakan Melayu Islam ni nak perlahankan azan tapi yang orang kafir ni pulak hormat,” kata Rahmah.
Wow salute lah dengan LGE!
Rakaman sidang media yang viral tu mendapat komen positif daripada netizen yang memuji tindakan Lim menghormati azan.
Semoga nilai-nilai murni seperti ni terus berkembang dalam jabatan awam di Malaysia. Menteri-menteri teruskan jadi role model yang baik untuk rakyat!
Baca: Pernah Dipenjara Kerana Bantu Orang Melayu? Baca Kisah Inspirasi Lim Guan Eng