Seorang penumpang dan seorang staf syarikat penerbangan baru-baru ini dilaporkan bergaduh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sehingga menyebabkan staf tersebut mengalami kecederaan ringan, lapor Sinar Harian.
Menurut Asisten Komisioner Azman Shari’at iaitu Ketua Polis Daerah KLIA, pergaduhan itu berlaku pada Ahad, 10 November lalu.
Pergaduhan antara penumpang dan staf itu berpunca dari perselisihan faham akibat kelewatan mendaftar masuk atau check in penerbangan.
Artikel Berkaitan: “Kita ni satu family” – Buat ‘Prank’ Ketika MDS, Fasi UiTM Mohon Maaf
Artikel Berkaitan: Lelaki Bertumbuk Dengan Penjaga Tol Gara-gara Palang Tak Buka
Laporan polis difahamkan telah dibuat oleh petugas syarikat penerbangan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular di media sosial tentang video pergaduhan tersebut namun difahamkan, pada ketika itu, kejadian itu kemudiannya berjaya diredakan oleh anggota keselamatan yang bertugas di situ.
Sumber: Sinar Harian