Setakat ini, masih belum ada lagi vaksin atau ubat untuk merawat Coronavirus. Difahamkan, vaksin Covid-19 juga masih lagi dikaji oleh saintis. Jadinya, buat masa sekarang, Coronavirus masih lagi tiada penawar yang khusus.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang pemilik pusat rawatan Islam ni. Rupanya ada yang claim dia boleh tangkap dan kurung virus Covid-19 dalam botol. Ingat ni hantu ke boleh simpan dalam botol?
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1244296016582459392
Dia juga mendakwa dia telah mengurung Covid-19 dalam botol namun dia tidak dapat mengurung virus itu buat masa yang lama. Boleh pulak virus tu keluar eh.
Selain itu, dia juga mengatakan bahawa dia boleh menyembuhkan pesakit Covid-19. Macam-macam hal lah dorang ni.
Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki ini yang dikatakan penunggang agama.
Tak salah kalau nak berubat cara Islam, tapi janganlah sampai perkara tu macam tak logik. Covid-19 ni virus, bukannya hantu.