in

Letak Syarat Lakonkan Stunt Sendiri Dalam No Way Home, Willem Dafoe Buat Peminat Respect!

Fi Spidey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat superhero Spider-Man mesti sekarang tengah berlumba cari seat kosong untuk ke panggung wayang kan? Ya lah…baru berapa hari Spider-Man: No Way Home ditayangkan habis semua tiket sold out! 

Korang memang betul-betul menunggu ya filem ni. Memang power lah!


Di sebalik cerita yang sememangnya kita semua tahu gempak giler ni, mesti lah pelakon-pelakon dan kru dia pun hebat kan?

So, kita bukan nak cerita tentang spoiler movie ni…tapi korang kalau tak kenal pelakon Willem Dafoe ni, korang bukan peminat Spider-Man yang legend lah. 

William Dafoe merupakan pelakon yang melakonkan watak Norman Osborn (Green Goblin) dalam filem Spider-Man pada tahun 2002 bersama Toby Maguire.

Beliau yang kini sudah pun berusia 66 tahun ada meletakkan syarat untuk tidak hanya menjadi cameo semata-mata jika ingin diambil berlakon dalam filem Spider-Man: No Way Home tersebut.

Menerusi sebuah wawancara yang dikongsikan oleh Mulderville, Willem ada menyatakan hasratnya kepada pengarah Jon Watts dan penerbit Amy Pascal bahawa betapa beliau ingin menjadi sebahagian daripada aksi lagak ngeri dalam sekuel No Way Home ini.

“Adalah amat penting untuk saya melakukan aksi ini. Salah satu perkara pertama yang saya katakan kepada Jon & Amy, ketika mereka menawarkan watak kepada saya, sebelum ada skrip lagi, saya tak nak muncul hanya sebagai cameo atau mengisi close-ups sahaja, tetapi saya mahu lakukan aksi (lagak ngeri) itu kerana ia menyeronokkan bagi saya.”- jelas Willem.

Katanya lagi, mustahil untuk menambah apa-apa keseronokan pada watak sekiranya beliau tidak mengambil bahagian dalam aksi lagak ngeri tersebut kerana semua itu dikatakan ada hubungan dengan watak dan cerita.

Kalau korang dah tengok No Way Home, mesti korang terkejut kan tengok betapa hebatnya Willem ni di usianya sekarang. Bukan setakat babak bercakap je, tapi ada babak aksi dan siap ada fight-scene lagi!

Sejak filem Spider-Man 2002 lagi, Willem dah dikenali banyak melakukan aksi lagak ngeri sendiri tanpa stunt-man. Beliau menghabiskan masa berjam-jam bersama penyelaras lagak ngeri, Jeff Habberstad dan juruteknik peluncur Green Goblin.

Willem juga dikatakan gemar melakukan yoga Ashtanga setiap hari selama 25 tahun! Malah, beliau masih lagi mengamalkannya sehingga hari ini.

“Korang kena tengok betapa bagusnya dia (Willem Dafoe) dalam yoga! Saya sepatutnya lebih fleksibel sebagai Spider-Man,”- beritahu Tom Holland kepada peminatnya pada acara trailer No Way Home.

So, korang memang kena tengok Spider-Man: No Way Home ni cepat! 

Sumber: Insider

Baca: Patutlah Twitter bersawang-Netizen Teruja Tonton Trailer Filem Terbaru Spiderman

Baca Spidey

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.