Baru-baru ini viral klip video menunjukkan Ustaz Ebit Lew yang dikenali dengan kerja dakwahnya, pergi melawat sebuah rumah usang didiami satu keluarga. Keadaan rumah dan keluarga itu sangat menyedihkan sehingga Ustaz Ebit Lew sendiri terus berusaha untuk dapatkan rumah sewa buat mereka.
Pakcik di dalam video itu terlantar kerana strok, anak-anak dan cucu juga dikatakan tinggal bersama di rumah yang menurut mereka pernah dimasuki ular sebelum ini.
Tonton video di bawah:
Ustaz Abu perli Ustaz Ebit Liew?
Melalui posting di Facebook, Ustaz Abu memberi satu statement seolah-olah memerli kerja amal Ustaz Ebit Lew ke rumah keluarga tersebut.
Menurut Ustaz Abu, jika sekiranya gambar dan video orang miskin ditunjukkan pada umum sehingga memalukan orang tersebut dikira aib dan haram.
Netizen tidak suka, back up Ustaz Ebit Lew
Rata-rata netizen yang ternampak posting itu meninggalkan komen masing-masing. Kebanyakannya tidak bersetuju dan kurang senang dengan sikap Ustaz Abu memerli sebegitu. Seorang netizen berkata,
Ustaz mata lalat. Selalu nampak benda kotor. Cuba jadi mata lebah yang hanya nampak madu.”
Ramai juga yang ‘ceramah’ balik Ustaz Abu engan mengatakan Islam tidak mengajar seseorang untuk berdakwah dengan sindiran di laman sosial. Mereka berkata seharusnya Ustaz Abu bercakap sendiri dengan Ustaz Ebit Lew jika benar dia tidak berpuas hati.
Hmmm…
Baca: “Sape tak puas hati mai call saya!” – Ayahanda Ad Pertahan Tindakan Ustaz Ebit Lew Bantu Orang Susah