in

“Letak anu atas tangan anak” – Penyanyi & Bekas CEO Telco Dituduh Cabul Dua Anak Perempuannya Tapi Netizen Ramai Tak Percaya?

Collage 36

Bila admin tengok Instagram penyanyi ni, susah nak percaya dengan berita yang admin bakal nak sampaikan ni. Mana taknya, hubungan dia dengan anak-anak memang nampak rapat dan happy  je.

Khamis lepas, penyanyi yang juga bekas CEO sebuah syarikat telekomunikasi telah ditahan di balai polis Hulu Kelang selepas dia didakwa menceroboh rumah bekas isterinya dan membuat ugutan ‘bunuh’ sehari sebelum itu. Dia dibebaskan pada hari Ahad dengan ikat jamin polis.

Namun menurut The Star, selepas pasangan ini bercerai pada tahun 2015, bekas isterinya telah membuat sekurang-kurangnya 15 laporan polis mendakwa bekas suaminya telah mencabul kehormatan anak-anak mereka.

Tak cukup bukti

Ketika dihubungi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan yang jabatan ini telah menyiasat laporan-laporan tersebut.

Choo Lily 1558871962
Sumber: berita harian

Kes-kes yang dilaporkan itu telah di klasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut) selepas berbincang dengan pihak pendakwa raya yang terlibat.

“Beberapa kes ini telah diklasifikasikan sebagai NFA oleh pendakwa raya kerana kekurangan bukti.

“Laporan lain kebanyakannya tentang hak penjagaan anak-anak.

“Tapi, kalau ada bukti atau pertuduhan baru, kami pasti akan tengok balik kes ini semula.”

Kalau korang nak tahu, tuduhan cabul ini mula dibuat pada empat tahun lepas bila ibu ini bawa anak-anaknya ke sesi kaunseling pada tahun 2015 selepas dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Letak zakar dalam tangan anak

Sesi kaunseling ini telah dirakam dan The Star mendakwa mereka melihat sendiri video dua anak perempuan ini menceritakan semula apa yang bapanya lakukan terhadap mereka.

Kaunselor, Wong Kah Peng telah menasihati ibu ini beberapa kali untuk membuat laporan polis selepas mendengar cerita tentang dua kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan dan 10 tahun.

Wong juga telah memfailkan afidavit dengan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 8 Mei, 2015 semasa perbicaraan penjagaan anak di mana dia memberi keterangan bahawa anak perempuan mereka yang ketika itu berusia 10 tahun memberitahu yang bapanya telah datang ke katil dan baring di sebelahnya sebelum meletakkan zakarnya di dalam tangan anaknya.

Perbuatan bapanya ini telah mengejutkan budak perempuan itu dari tidur dan memberitahu bapanya yang dia tak selesa. Penyanyi ini menyuruh anaknya untuk merahsiakan perkara ini.

Tuduhan ini turut dikemukakan dalam video kaunseling tersebut di mana budak perempuan tersebut menambah yang kejadian itu mungkin berlaku secara tak sengaja.

Rtwi10

Dipaksa tidur bogel

Pada September 2015, bekas isteri ini sekali lagi membuat laporan polis di balai polis Pantai.

Menurut laporan ini, seorang lagi anak perempuan pasangan ini yang berusia lapan tahun ketika itu telah mengadu sakit perut dan loya kepada jururawat di sekolah antarabangsa yang dia hadiri.

Jururawat ini kemudian membawa kanak-kanak ini ke Hospital Pantai untuk mendapatkan pemeriksaan dan doktor di sana telah merujuk kes ini ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) untuk pemeriksaan lanjut.

UMMC telah menasihati ibu ini untuk membuat laporan polis kerana mereka suspek kanak-kanak ini telah dicabul oleh “orang yang tak dikenali”.

Pada 2017, ibu ini sekali lagi membuat laporan polis selepas anak perempuan bongsunya mendakwa memberitahu yang bapanya telah mencabul dia dan kakaknya di beberapa lokasi termasuk di rumah bapa mereka.

November lalu, ibu ini membuat laporan polis selepas anaknya mendakwa memberitahunya bahawa dia telah dipaksa untuk tidur dalam keadaan bogel disebelah bapanya.

Dua anak perempuan ini kini tinggal bersama bapa mereka sementara anak lelaki tinggal bersama ibunya.

Macam yang admin cakap tadi, kalau tengok hubungan bekas CEO ni dengan anak-anak dia, memang tak percaya dia buat semua ni. Netizen pula cakap bekas isteri saja buat cerita sebab nak dapatkan hak penjagaan anak.

Entahlah, harap-harap kes ni dapat disiasat dengan segera. Kalau tak betul, bolehlah bersihkan semula nama penyanyi ini tapi kalau betul…

 

Baca: Luah Masalah Suami Cabul Anak Di Page Kisah Rumah Tangga, Ramai Netizen Usaha Bantu Wanita Ini Tapi…

Screenshot 2019 05 27 At 11.24.25 Am