Semalam, Mahkamah Rayuan telah membenarkan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke luar negara selama 6 minggu untuk melawat ahli keluarga termasuklah seorang cucu di Singapura yang tengah sakit.
Memetik laporan Utusan, pihak mahkamah telah memulangkan sementara pasport yang ditahan kerana kes jenayah yang dihadapinya.
Bawa keluar gambar yang seburuk-buruk alam – Rosmah Mansor
Ketika beliau baru tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.30 pagi semalam, sudah semestinya terdapat jurufoto dari media tempatan berkumpul untuk membuat liputan.
Rakaman ketibaannya itu dikongsikan menerusi satu akaun TikTok, dalam video yang berdurasi 20 saat itu dilihat Rosmah Mansor ada menegur jurufoto dan ianya telah menarik perhatian netizen.
“Why you so interested with me? Lepastu bawa keluar gambar yang seburuk-buruk alam.”
@malaysiatribune Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada jam 9.30 pagi bagi menghadiri perbicaraan berhubung permohonannya untuk mendapatkan passport antarabangsa. #malaysiatribune #rosmahmansor #najibrazak
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang begitu terhibur dengan cara sempoi Rosmah Mansor sound jurufoto itu. Dalam pada itu, ada juga yang menyokong kata-kata Rosmah Mansor itu dengan mempertikai dan mempersoal mana-mana pihak yang hina rupanya.
Betul apa dia cakap – Netizen
Berkenaan dengan perbicaraan kes jenayah pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi, ia akan ditetapkan selama 15 hari antara 12 Mei dan 8 September ini.