Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri dari kejohanan dunia akibat kecederaan. Bekas Juara All England itu dilihat tidak dapat menahan sebak ketika sidang media mengenai penarikan dirinya dari acara badminton perseorangan lelaki.
Ketua jurulatih perseorangan lelaki Malaysia, Hendrawan mengambil peluang bersama pihak media untuk menjelaskan keadaan Zii Jia yang mengambil keputusan untuk menarik diri di pusingan penentuan ketika berdepan lawan.
Ikuti sedutan temubual yang dikongsi di Twitter oleh @SykrhZlkfly di bawah.
Lee Zii Jia tidak dapat kawal perasaan selepas terpaksa buat keputusan tidak teruskan permainan di set penentuan ketika ketinggalan 1-11 di saingan suku akhir Kejohanan Dunia. Ketua Jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan jelaskan faktor Zii Jia tarik diri @ASTROARENA pic.twitter.com/DvoydADObP
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) December 17, 2021
Come back stronger Zii Jia!
Sebak rasa hati min tengok Zii Jia menangis sebab tak dapat teruskan perlawanan. Harap Zii Jia tak putus asa lah ye. Masih muda, ada banyak piala boleh sapu. Rehat dulu, bila dah recover nanti boleh naikkan semula ranking dunia.
Betul, min setuju. Atlet pun orang biasa, ada sakitnya juga. Kalah menang kita tetap sokong tau, barulah penyokong sejati.
Coach ialah orang yang paling dekat dengan Zii Jia sepanjang tournament. Coach yang tahu anak buah dia sihat atau sakit. Mestilah sedih tengok anak buah tak dapat teruskan sebab kecederaan kan.
Come back stronger Zii Jia. Rehat betul-betul. Tournament back to back ni memang letih. Kami semua rakyat Malaysia tetap sokong Zii Jia bawa nama Malaysia ke pentas dunia.
Baca: “Semakin pulih” – Lee Zii Jia Bakal Beraksi Di Pentas Terbuka Indonesia